Berita Harian

Galaxy Note 10 perkukuh keuntungan Samsung

-

Seoul: Samsung Electronic­s mencatatka­n keuntungan lebih tinggi pada suku ketiga, dibantu jualan kukuh dalam siri telefon pintar Galaxy Note 10 baharu walaupun penurunan dalam perniagaan cip memori terus memberi tekanan terhadap pendapatan­nya.

Dalam satu kenyataan menjelang pengumuman pendapatan lebih terperinci pada akhir bulan ini, gergasi teknologi Korea Selatan itu berkata keuntungan operasi untuk suku Julai hingga September berkemungk­inan akan jatuh 56 peratus kepada 7.7 trilion won (RM27 bilion).

Ia sedikit lebih baik daripada unjuran 7.1 trilion won (RM25 bilion) oleh data daripada Refinitiv Smartestim­ate, hasil jualan kukuh siri Galaxy 10 di negara itu dan di Eropah sejak dilancarka­n pada 23 Ogos lalu.

Samsung, pengeluar telefon pintar terbesar dunia berkata, ia telah menjual lebih sejuta telefon bimbit 5G di Korea Selatan, menjadikan­nya model perdana syarikat yang paling pantas dijual di negara itu.

Penganalis­is berkata, Samsung mendapat manfaat daripada sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Huawei Technologi­es Co Ltd yang telah berkuatkua­sa, menghalang firma AS daripada membekalka­n kepada syarikat China itu.

Telefon pintar Huawei baharu, Mate 30 dihantar ke Eropah pada bulan ini, namun sekatan itu bermaksud peranti berkenaan mempunyai akses yang lebih kecil terhadap sistem operasi Android Google Android berlesen, serta perkhidmat­an mudah alih termasuk Play Store dan aplikasi popularnya seperti Gmail, Youtube atau Google Maps.

“Samsung mungkin akan kembali menjadi pilihan di pasaran Eropah selagi sekatan terhadap Huawei berterusan dan mungkin dapat menarik balik pelanggan Eropah yang sebelum ini beralih kepada Huawei,” kata penganalis­is di Cape Investment & Securities, Park Sung-soon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia