Berita Harian

› RINGGIT

-

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam berikutan pengambila­n untung sederhana memandangk­an ketidakten­tuan masih berterusan dalam rundingan perdaganga­n As-china, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1920/1950 berbanding dolar AS daripada 4.1910/1950 kelmarin.

Peniaga berkata dagangan secara umumnya lengang memandangk­an kebanyakan pelabur tidak menyertai pasaran menjelang pembentang­an Belanjawan 2020 Malaysia pada Jumaat ini malah mereka menunggu insentif daripada kerajaan untuk menyokong pasaran.

Selain itu, AS dan China dijadualka­n menyambung semula rundingan perdaganga­n antara mereka pada Khamis di Washington D.C.

Ringgit bagaimanap­un diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0381/0407 daripada 3.0337/0374 pada Isnin dan rendah berbanding euro kepada 4.6058/6107 daripada 4.5988/5040.

Ringgit bagaimanap­un tinggi berbanding pound British kepada 5.1327/ 1380 daripada 5.1579/1636 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.9148/9187 daripada 3.9238/9286.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia