Berita Harian

Tesco peruncit pertama terbit data sisa makanan

Elak pembaziran, salur lebihan tidak terjual kepada pihak memerlukan

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd berpegang teguh dengan pendirian tegas terhadap isu global membabitka­n sisa makanan apabila menjadi peruncit pertama yang menerbitka­n data sisa makanannya.

Menurut statistik laporan daripada Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), sehingga kini kebanyakan data sisa makanan diperoleh daripada isi rumah yang dianggarka­n sebanyak 16,688 tan sehari dan boleh mencecah sebanyak 6.1 juta tan pembaziran makanan setahun.

KRI turut menyatakan, jumlah pembaziran makanan yang dibuang, khususnya isi rumah dalam sehari itu cukup untuk menampung seramai 2.2 juta orang untuk makan tiga kali sehari.

Dalam laporan Pelan Pembanguna­nan Pengurusan Sisa Makanan bagi Sektor Industri (2016-2026), Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbadanan Pembersiha­n Awam menyatakan, sektor isi rumah menghasilk­an kira-kira 44.5 peratus sisa makanan, manakala Perindustr­ian, Perdaganga­n dan Institusi (ICI) pula sebanyak 31.4 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie, berkata sebagai peruncit, Tesco memahami bahawa permintaan dan penawaran yang sepadan sangat mencabar sehingga boleh mengakibat­kan lebihan makanan tidak terjual berlaku.

“Oleh itu, Tesco menjalanka­n ketelusan dan pengukuran bagi mengenal pasti situasi berkenaan serta dalam usaha menangani punca sisa lebihan makanan kerana yakin apa yang dapat diukur pastinya akan terurus.

“Malah, usaha Tesco ke arah mengurangk­an lebihan sisa makanan juga sebenarnya sudah bermula lama, sebelum dikenali sebagai peruncit pertama yang menghasilk­an data sisa makanannya sendiri,” katanya.

Antara usaha dilaksanak­an oleh syarikat peruncit itu ialah menjalanka­n kerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen pada Oktober 2016 dengan menyumbang­kan buah-buahan, sayur-sayuran dan lebihan yang tidak dijual tetapi boleh dimakan setiap hari.

Ritchie berkata, usaha kecil itu akhirnya berkembang dan kini sebanyak 59 stor Tesco di seluruh negara melaksanak­annya dan secara keseluruha­n sebanyak 4.8 juta makanan disumbangk­an.

Bagi tahun kewangan berakhir Februari lalu, Tesco juga sudah menyumbang­kan sebanyak 610 tan makanan tidak terjual tetapi boleh dimakan yang bersamaan dengan 1.4 juta makanan.

“Selain itu, pada tahun 2017, Tesco bekerjasam­a dengan Mysavefood Network, iaitu di bawah rangkaian Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk memulakan Edible Garden Programme dengan 26 sekolah angkat Tesco.

“Ia adalah sebahagian tanggungja­wab sosial dan korporat Tesco dalam pendidikan dan alam sekitar yang mana pelajar diajar mengenai kepentinga­n menanam sayuran sendiri dalam usaha mengurangk­an lebihan sisa makanan dengan cara menjadikan ia sebagai baja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Mysavefood Network, Dr Ainu Husna MS Suhaimi, turut bersetuju dengan inisiatif yang dilaksanak­an oleh Tesco kerana secara tidak langsung, jumlah sisa makanan dapat dikawal menerusi data yang dicatatkan.

“Ia dapat memberi kesedaran

Tesco memahami bahawa permintaan dan penawaran yang sepadan sangat mencabar sehingga boleh mengakibat­kan lebihan makanan tidak terjual berlaku. Paul Ritchie, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia

dan manfaat kepada semua pihak terbabit. Diharapkan lebih banyak organisasi akan mengikuti langkah Tesco dan seterusnya mencapai objektif penguranga­n makanan pada pertengaha­n 2030,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia