Berita Harian

Anggota URB maut terbabit nahas

-

Kulim: Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggang­nya merempuh van di Jalan Tunku Putera, berhampira­n sebuah stesen minyak di Kampung Dusun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.51 petang, Lans Koperal Muhammad Zarith Mat Rizan, 27, yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) parah pada bahagian badan dan kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Mohd Yusof Shaari, berkata mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dikatakan dalam perjalanan dari arah Kilang Lama menuju ke Kulim, manakala van terbabit datang dari arah bertentang­an.

Katanya, pemandu van berusia 34 tahun dipercayai cuba membelok ke arah kanan jalan dan terus memasuki laluan bertentang­an menuju ke stesen minyak berhampira­n.

“Anggota URB yang bergerak lurus gagal mengelak van terbabit menyebabka­n berlaku pelanggara­n antara kedua-dua kenderaan.

“Kejadian itu mengakibat­kan mangsa maut di lokasi, manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? Muhammad Zarith Mat Rizan
Muhammad Zarith Mat Rizan
 ??  ?? Keadaan nahas yang mengorbank­an Muhammad Zarith selepas terbabit dalam kemalangan dengan van dekat Jalan Tunku Putera, Kulim, semalam.
Keadaan nahas yang mengorbank­an Muhammad Zarith selepas terbabit dalam kemalangan dengan van dekat Jalan Tunku Putera, Kulim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia