Berita Harian

Anggota polis sambut kelahiran bayi dalam teksi

Terpaksa jadi bidan terjun ketika perjalanan ke hospital

- Oleh Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang anggota polis wanita terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ bagi membantu seorang wanita warga Indonesia menyambut kelahiran bayinya dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke hospital kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, berkata ketika kejadian, Lans Koperal N Komathi, 27, sedang bertugas di Pondok Polis Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras sebelum didatangi seorang wanita yang sarat mengandung memaklumka­n sedang sakit dipercayai mahu bersalin pada jam 3.40 petang.

“Melihat keadaan wanita itu, anggota terbabit nekad membawa dan menemani wanita berkenaan menaiki teksi ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz. Ketika dalam perjalanan ke hospital, wanita itu melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.7 kilogram,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Mohamed Mokhsein berkata, sebaik tiba di wad kecemasan hospital berkenaan, wanita terbabit terus diberikan rawatan oleh kakitangan hospital.

“Wanita itu dan bayinya dilaporkan berada dalam keadaan baik. Suami kepada wanita itu turut dihubungi untuk memaklumka­n perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, N Komathy yang dilahirkan di Ipoh, Perak adalah anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

“Dia memulakan kerjaya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 16 Januari 2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

“Selepas tamat latihan, dia ditempatka­n di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sebelum bertukar ke Balai Polis Salak Selatan Baru pada Mac 2017.

“Anggota itu berkahwin dengan seorang anggota polis yang kini bertugas di Balai Polis Sungai Besi dan dikurniaka­n dengan dua cahaya mata,” katanya.

Terdahulu, tindakan pantas anggota terbabit membantu menyambut bayi seorang wanita warga Indonesia tular di media sosial.

 ??  ?? Komathi bersama wanita warga Indonesia serta bayinya.
Komathi bersama wanita warga Indonesia serta bayinya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia