Berita Harian

YIDE anjur golf amal 19 Oktober

-

Kuala Lumpur: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berharap dapat mengumpul dana RM500,000 menerusi Kejohanan Golf Amal (KGA) YIDE 2019 di Bukit Kemuning Golf and Country Resort, 19 Oktober ini.

Penganjura­n KGA YIDE 2019 memasuki edisi ketiga selepas diadakan pada 2015 dan 2018.

Menurut kenyataan YIDE, semalam, penganjura­n kejohanan kali ini bertujuan mengumpul dana melalui sumbangan korporat dan hasil jualan ‘flight’ untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Sebanyak 32 ‘flight’ ditawarkan dengan setiap ‘flight’ bernilai RM5,000, selain penyertaan 128 pemain daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor, syarikat swasta, pemaju hartanah, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan orang awam.

“Kejohanan itu dijangka mendapat perkenan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berangkat mencemar duli. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dijangka turut hadir,” katanya.

Sebarang pertanyaan berhubung penyertaan dan sumbangan, boleh hubungi Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti, Md Arifin Jaafar, melalui talian 012-9055173, atau Eksekutif Publisiti, Muhammad Hafiz Bahari (014-6384475).

Sebanyak 32 ‘flight’ ditawarkan dengan setiap ‘flight’ bernilai RM5,000, selain penyertaan 128 pemain. Kenyataan YIDE

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia