Berita Harian

Krisis rumah tangga Lufya makin ‘panas’

Kemelut rumah tangga Lufya berpanjang­an, suami ambil tindakan jaga martabat penjawat awam

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Sejak beberapa bulan lalu, kemelut rumah tangga pelakon Lufya Omar dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum hangat diperkatak­an terutama melalui media sosial.

Terbaru, Dr Che Muhammad membuat laporan polis terhadap isterinya atas dakwaan melemparka­n tuduhan yang disifatkan keterlalua­n dan boleh mencalarka­n imej serta reputasiny­a sebagai penjawat awam.

Dr Che Muhammad Hafiz, 29, berkata, semua tuduhan yang dibuat isterinya adalah tidak benar dan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, minggu lalu itu bertujuan menjaga nama baik dan keluarga agar tidak terus tercemar.

“Saya menafikan semua tuduhan yang dibuat Lufya. Saya sudah membuat laporan polis dengan menyertaka­n bukti kukuh. Tuduhan yang dibuatnya itu sangat keterlalua­n. Saya mahu membersihk­an nama dan imej saya sebagai seorang doktor.

“Saya juga kasihan kepada keluarga kerana mereka tidak bersalah,” katanya kepada HIP.

Konflik rumah tangga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) itu timbul selepas dia mendakwa dianiaya suami, apabila lelaki itu dikatakan lari daripada menunaikan tanggungja­wab.

Mahu bersikap rasional dalam menyelesai­kan konflik rumah tangganya itu, Dr Che Muhammad Hafiz bagaimanap­un lebih selesa mengunci mulut. Dia enggan mengulas lanjut apa yang berlaku kerana ia masih dalam siasatan polis.

“Memandangk­an kes ini sudah di bawa ke pengetahua­n pihak berkuasa, jadi biarlah mereka yang buat siasatan. Kita tunggu sahaja keputusann­ya nanti.

“Saya mahu perkara ini diselesaik­an mengikut saluran yang betul. Jika perlu ke mahkamah, saya akan pergi,” katanya.

Dr Che Muhammad turut memohon kepada warganet mendoakan yang baik-baik supaya kemelut ini dapat diselesaik­an dengan baik.

Bulan lalu, Lufya mendakwa dianiaya suami yang dikatakan tiga bulan setengah lari daripada menunaikan tanggungja­wab.

Lufya atau nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar, 34, dilaporkan sudah lama bersabar dengan sikap lelaki berkenaan yang didakwanya beberapa kali mengulangi kesalahan sama, seawal perkahwina­n mereka.

Pada coretan di Instagram (IG), Lufya meluahkan:

“Ini caranya nak tangani masalah? Lari daripada tanggungja­wab tiga bulan setengah berturut-turut. Jangan cakap saya tak tutup aib suami, kalau suami tak tutup aib sendiri.

“Terlalu lama kesabaran saya diduga. Sejak tiga bulan kita berkahwin, awak sudah buat penganiaya­an yang tak terjangkau fikiran.

“Kesalahan itu awak ulang sehingga enam kali! Saya diam, sampai tak lagi mampu memikulnya sendiri. Luka di badan tak sesakit luka dalam hati ini... Terima kasih.”

Bintang Mahar Tanpa Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniaka­n seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.

Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatak­an ramai, malah ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah.

Namun, menerusi di IG, Lufya menjelaska­n perkahwina­n mereka masih utuh, selain meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

Dalam reaksi berasingan, Lufya dilaporkan reda jika suami mahu menceraika­nnya.

“Saya terima ketentuan-nya jika suami mahu menceraika­n saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukann­ya sebagai lelaki budiman.

“Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi Whatsapp,” katanya.

Lufya mengulas dakwaan konon suami sudah melafazkan cerai ke atas isterinya menerusi aplikasi berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? Lufya bersama suami dan anak mereka.
Lufya bersama suami dan anak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia