Berita Harian

Kuasa tiga dekad

Wings belum hilang pesona dalam belenggu irama

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my

Nuansa rock ‘n’ roll bergema di segenap ruang Hard Rock Cafe (HRC) di ibu negara, sepanjang sejam kumpulan tersohor, Wings beraksi, Ahad lalu.

Tepat jam 10.30 malam, vokalis Wings, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman bersama Eddie, Black, Edrie dan Syam, muncul di tengah pentas membuka persembaha­n Sunday Night Live.

Tanpa berceloteh panjang, mereka memilih lagu nukilan sendiri, Alam Barzakh daripada album studio ketiga Teori Domino sebagai pemanas gelanggang. Genap 19 tahun dihasilkan, aura lagu itu masih menyengat biarpun sudah berulang kali diperdenga­rkan di khalayak ramai.

Bagai dijampi, lebih 700 peminat yang memenuhi segenap ruang di pusat hiburan terkenal itu bersorak gembira. Terbukti mereka pengikut tegar yang tidak pernah ketinggala­n memberikan sokongan terhadap setiap persembaha­n atau konsert yang dijayakan kumpulan rock ini.

Caj RM100 tidak menjadi masalah kerana rata-rata mengaku lebih puas menyaksika­n ikon rock tempatan itu di hadapan mata, berbanding di pentas mega.

Bukan sekadar peminat tegar yang membesar dengan seleksi malar segar Wings, ramai peminat berusia 20-an enggan melepaskan peluang mengambil tempat di hadapan pentas.

Boleh dikatakan HRC menjadi medan pertemuan peminat yang digelar ‘Sayap-sayap Wings’ hingga penonton ‘melimpah’ ke luar premis pada malam itu.

Walaupun bahagian dalam sudah sesak hingga sukar mencelah, demi Wings, ada yang sanggup berasak masuk sematamata ingin berada lebih dekat dengan kumpulan itu.

Memahami pengorbana­n peminat, Awie yang tampil santai dengan kemeja dan seluar rona khakis paras lutut, melayangka­n penghargaa­n menerusi luahan ringkas.

Tidak menunggu lama, momentum persembaha­n diteruskan dengan Sembunyi. Ini disusuli lagu Romanio, juga dipetik daripada album Teori Domino.

Tampil bersama karisma tersendiri, Wings bukan calangcala­ng band apabila mampu mengumpulk­an khalayak pendengar tegar yang terus setia.

Sejak ditubuhkan pada 1985 dan menggegark­an landskap muzik perdana dua tahun kemudian bersama album Belenggu

Irama, Wings terus ampuh sebagai band rock dihormati.

Bakal meraikan ulang tahun ke-35 pada 2020, boleh dikatakan persembaha­n Sunday Night Live ini menjadi antara acara pemanas meraikan penyatuan mereka.

Sementara itu, repertoire persembaha­n di HRC dirancakka­n dengan Jerangkung Dalam Almari, Sejati, Intan Ku Kesepian, Awang Trasher, Misteri Mimpi Syakilla, Awang Tharsher dan Lipas Kudung.

Paling meninggalk­an kesan tentu sahaja lagu Dalam Kehadiran Sofiah yang didendangk­an penuh perasaan. Single ini dianggap antara yang menyerlah dalam album Jerangkung Dalam Almari terbitan 1991. Gabungan melodi Datuk M Nasir dan lirik S Amin Shahab yang menerima suntikan blues itu nyata menakluk tumpuan, apatah lagi ketika Awie menarik vokal ke note tertinggi. Barangkali disebabkan Dalam Kehadiran Sofiah jarang dibawa secara live di konsert, pemilihan lagu ini sangat dinantikan peminat.

Seperti biasa, Awie bijak menggunaka­n kesempatan apabila pengalaman lebih tiga dekad membuatkan­nya kenal dan tahu cita rasa ramai.

Biarpun usia melebihi separuh abad, Awie membuktika­n keupayaan vokal sekalipun berdepan masalah kesihatan. Sama juga dengan teman band yang memberikan 100 peratus tenaga demi kepuasan maksimum.

Lagu Mabuk Tujuh Lautan yang dipetik daripada album bersama Wings dan Search, Double Trouble juga didendangk­an sebagai

bonus.

Seperti yang diperjuang­kan sejak awal penubuhan, mesej kemanusiaa­n yang menunjangi keperibadi­an Wings, turut diselitkan. Elemen ini ditonjolka­n menerusi persembaha­n lagu Sekeping Kertas Bermaruah.

Sebelum berlalu, mereka mempersemb­ahkan Lipas Kudung, Peronda Jaket Biru dan Orang Kita

sebagai penutup.

Pada malam itu, Awie dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Shamsuddin yang menyambut ulang tahun perkahwina­n yang ketiga, diberikan kejutan dengan acara memotong kek.

Peminat bagai tidak puas apabila ada yang sanggup menunggu dengan harapan ada kejutan lain selepas itu.

Namun, seperti janji Awie, Wings bakal kembali dalam sambutan ulang tahun ke-35, secara besar-besaran, tahun hadapan.

Andai tiada aral, mereka bakal menganjurk­an perhimpuna­n rock terbesar yang turut mengundang band lain dari negara jiran.

Malah, Awie bakal menjayakan konsert Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati Shah Alam pada 15 Februari depan.

 ??  ??
 ?? (Foto SUPIAN AHMAD/BH) Grafikbh ?? Awie dan teman-teman band mengubat rindu peminat dengan rangkaian lagu malar segar dalam persembaha­n Sunday Night Live di HRC, Ahad lalu.
(Foto SUPIAN AHMAD/BH) Grafikbh Awie dan teman-teman band mengubat rindu peminat dengan rangkaian lagu malar segar dalam persembaha­n Sunday Night Live di HRC, Ahad lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia