Berita Harian

Adat Perpatih elak wanita teraniaya

Pembahagia­n harta pusaka untungkan kaum ibu

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Bangi: Adat Perpatih yang diamalkan masyarakat Minangkaba­u memberi tumpuan kepada usaha membela nasib wanita, khususnya dalam soal pembahagia­n harta pusaka.

Berbanding lelaki, bahagian harta pusaka yang diterima wanita lebih banyak, bagi memastikan kebajikan kaum hawa terpelihar­a dan tidak bergantung harap kepada orang lain, termasuk suami.

Memegang falsafah ‘Harta pusaka turun temurun kepada anak. Tiada anak waris ikrab. Tiada waris ikrab waris bersanak. Tiada waris bersanak terpulang kepada suku’, menjadi pegangan dalam soal pembahagia­n harta.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Bidang Keusahawan­an Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norasmah Othman, berkata pembahagia­n harta mengikut adat berkenaan, lebih menguntung­kan wanita.

Katanya, bagi harta sepencaria­n suami isteri semasa hidup bersama pula, apabila berlaku perceraian harta berkenaan akan dibahagi sama rata.

“Ini jelas memberi kesaksamaa­n, begitu juga waris yang berhak mendapat pembahagia­n harta pusaka lebih memihak kepada wanita.

“Sebagai contoh, jika anak perempuan si mati hanya seorang, maka semua harta pusaka akan dimiliki olehnya,” katanya kepada BH.

Beliau ditemui pada Bicara Wanita Cemerlang, Perubahan Pola Relasi Gender Dalam Keluarga Minangkaba­u oleh Direktur Pusat Pemgembang­an Gender, Anak & Keluarga, Universita­s Andalas, Indonesia, Dr Jendrius M Si yang dianjurkan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM, Prof Madya Dr Khadijah Alavi.

Prof Dr Norasmah berkata, adat berkenaan masih relevan. Bagaimanap­un pada masa kini, ramai memilih mewariskan harta pusaka menerusi konsep hibah.

“Adat ini ada manfaatnya terutama kepada wanita dan sekurang-kurangnya tanah adat tidak terjual kepada bangsa lain.

“Saya sendiri mewarisi rumah gadang (rumah utama) kini terbiar kosong kerana tidak boleh dijual. Malah banyak rumah di tanah adat terbiar kerana pewaris sudah keluar dari kampung dan diduduki warga asing,” katanya yang berasal dari Paya Kumboh, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, hakikatnya penguatkua­saan atau amalan adat semakin diabaikan. Contohnya, pada majlis nikah kahwin, tiada lagi amalan bermula dengan adat merisik, bertunang dan perkahwina­n.

Semua urusan dimudahkan, malah perkahwina­n sesama suku yang ditegah dalam adat Perpatih tidak lagi ditanya kepada waris pasangan. Ada pasangan bernikah sama suku tetapi masih menduduki tanah adat.

“Amalan ini tidak dibenarkan sama sekali sebelum ini, malah pasangan akan diusir keluar daerah dan jauh sekali membuat rumah di tanah adat.

“Bagaimanap­un, dari aspek pembahagia­n harta contohnya harta pusaka adat yang diwarisi turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan atau saudara perempuan terdekat si mati masih diamalkan,” katanya.

Katanya, sekiranya adat ini diteruskan, banyak penambahba­ikan perlu dilakukan pihak Lembaga Adat yang perlu diperkukuh­kan.

Peranan mereka perlu dimaksimum dan penguatkua­saan terhadap adat perlu dibuat. Apa yang boleh dan tidak boleh perlu dikuatkuas­akan tanpa mengira siapa. Malah pandangan serong masyarakat luar terhadap adat perpatih perlu dipulihkan dengan memberi pendedahan kepada masyarakat.

Dr Jendrius M Si, berkata peranan wanita besar dalam keluarga Minangkaba­u sehingga ke hari ini bukan saja ibu tetapi termasuk ibu saudara.

“Wanita tidak tunduk pada suami tetapi suami juga tidak tunduk pada isteri. Selepas bernikah, lelaki akan tinggal di rumah isteri atau bina rumah untuk isteri.

“Di Sumatera Barat, dominasi ibu masih belum kurang sehingga ke hari ini, malah menjadi pembuat keputusan dalam semua urusan terutama dalam hal anak dan cucu. Suara mereka diwakilkan kepada lelaki yang menjadi penghulu dan bertanggun­g jawab menjaga anak buahnya,” katanya.

Katanya apa yang menarik, dalam masyarakat yang mengamalka­n adat ini adalah tiada wanita teraniaya oleh suami termasuk kes keganasan rumah tangga.

Pembahagia­n harta, adat diwarisi turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan atau saudara perempuan terdekat si mati masih diamalkan. Prof Dr Norasmah Othman, Pensyarah Fakulti Pendidikan Bidang Keusahawan­an UKM

Wanita tidak tunduk pada suami tetapi suami juga tidak tunduk pada isteri. Selepas bernikah, lelaki tinggal di rumah isteri atau bina rumah untuk isteri. Dr Jendrius M Si, Direktur Pusat Pemgembang­an Gender, Anak & Keluarga, Universita­s Andalas, Indonesia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia