Berita Harian

Hayati makna kekayaan menerusi Asma al-husna

-

Kekayaan jika diterjemah­kan dalam makna bersifat keduniaan, akan membawa kita ke lembah nafsu tidak pernah berkesudah­an.

Justeru, menilai makna ‘kekayaan’ hakiki perlu bermula dengan meyakini segala apa yang ada di dunia ini, milik mutlak Allah SWT.

Apa sahaja yang kita kecapi termasuk harta benda dan rezeki melimpah ruah tidak akan dapat dinikmati tanpa keizinan-nya.

Mempelajar­i makna 99 Asma al-husna antara cara terbaik untuk kita sentiasa memelihara akidah, sekali gus tunduk kepada keesaan Allah SWT.

Antara nama Allah SWT yang boleh diulang dan menjadi lafaz zikir ialah al-mughni bermaksud Yang Memberi Kekayaan.

Menurut Imam al-baihaqi, huraian kepada al-mugni adalah bagaimana Allah SWT memenuhi keperluan makhluk dan memberikan rezeki kepada mereka sehingga berasa tidak lagi memerlukan sesiapa lagi selain-nya.

Ini antara intipati penting yang sepatutnya dihayati supaya kita tidak sesekali terbuai dengan kemewahan dunia yang bersifat sementara.

Sebaliknya, kita sentiasa sedar keperluan paling utama dalam hidup dan menjamin kebahagiaa­n di akhirat kelak adalah mendapat reda Allah SWT.

Bahkan, Sheikh al-azhar, Sheikh Ahmad Abd al-jawwad menjelaska­n penghayata­n terhadap nama al-mughni akan mendorong manusia agar menjadi hamba yang pemurah.

Apabila kekayaan bukan lagi matlamat utama hidup, manusia akan berlapang dada untuk berkongsi rezeki dan nikmat yang diperoleh seperti melalui amalan sedekah.

Abu Hurairah RA meriwayatk­an Nabi SAW bersabda: Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya).”

Malaikat satu lagi berdoa: “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia