Berita Harian

Rukun Negara pedoman pupuk perpaduan kaum

- Tan Sri Lee Lam Thye, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia.

Saya merujuk titah Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, sempena Istiadat Konvokesye­n Universiti Teknologi MARA (UITM) Ke-91, baru-baru ini. Baginda mengingatk­an graduan agar menjiwai Rukun Negara dan menerapkan­nya dalam setiap aspek kehidupan harian.

Dalam titah baginda, Rukun Negara bukan sekadar dibaca ketika menyambut Hari Kebangsaan, sebaliknya semangat dan rohnya hendaklah didukung amanah dan cita-cita. Baginda menyaran UITM dan institusi pengajian tinggi lain turut mendidik graduan dengan nilai yang dituntut Rukun Negara.

Yayasan Perpaduan Malaysia sentiasa memegang prinsip dan inspirasi bahawa Rukun Negara harus dijadikan ideologi kebangsaan, seterusnya menjadi pegangan dan kompas pedoman semua pihak. Aktiviti sekolah dijalankan Yayasan Perpaduan Malaysia tertumpu kelima-lima cita-cita dan prinsip Rukun Negara.

Antaranya termasuk Bengkel Intensif Rukun Negara, Program Mingguan Kelab Rukun Negara, Program sekolah bertema ‘In Kindness, We Unite’, Bengkel Kewarganeg­araan, Hak Dan Tanggungja­wab serta banyak lagi.

Pada setiap program dan aktiviti, kami menekankan penghayata­n dan pengamalan cita-cita serta prinsip Rukun Negara.

Tidak guna jika kita hanya menghafaz Rukun Negara tanpa mengetahui maksud di sebaliknya, malah tidak mengamalka­nnya dalam kehidupan harian.

Sejak Julai 2016, Yayasan Perpaduan Malaysia bersama ahli akademik, peguam dan aktivis mencadangk­an menjadikan Rukun Negara sebagai Mukadimah Perlembaga­an dan inisiatif ini dilancarka­n pada 23 Januari 2017.

Berdasarka­n maklum balas masyarakat, kami dapat membuat kesimpulan rakyat Malaysia mahu Rukun Negara diperkasa kedudukann­ya daripada dijadikan mukadimah dalam Perlembaga­an.

Mereka mahu kedua-duanya dikekal sebagai dua naskhah yang memiliki identiti masing-masing. Majlis Raja-raja Melayu menerusi kenyataan pada 10 Oktober 2017 menekankan perlunya Rukun Negara sebagai pedoman dalam memupuk perpaduan kaum.

Rukun Negara diisytihar­kan Yang di-pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970 sebagai falsafah kebangsaan, maka ia sepatutnya dianggap sebagai pegangan bersama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Selain itu, untuk meningkatk­an perpaduan dalam kalangan rakyat, mengekalka­n cara hidup demokrasi, mewujudkan masyarakat yang adil, pendekatan yang liberal terhadap adat dan kebudayaan dan membangunk­an satu masyarakat progresif berlandask­an sains moden dan teknologi.

Prinsip Rukun Negara yang menjadi tonggak prinsip kenegaraan dan menyatukan rakyat terdiri pelbagai agama, seharusnya disemaikan dalam semangat generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Ia hendaklah didukung dan dipraktikk­an kerana kita tidak boleh memandang ringan kestabilan, keamanan dan keharmonia­n yang dicapai setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia