Berita Harian

Lam terima bantuan China jika situasi tambah buruk

-

Hong Kong: Pemimpin wilayah ini, Carrie Lam berkata beliau tidak menolak kemungkina­n akan menerima bantuan dari China dalam usaha menangani bantahan ganas prodemokra­si.

Ketika bandar raya di sini kembali normal selepas ketegangan tiga hari, beliau memberitah­u media, kerajaan Beijing akan dipanggil jika situasi bertambah buruk.

Apa pun, Lam berkata pada ketika ini pihak berkuasa masih lagi mampu membendung asakan kumpulan penunjuk perasaan.

Sementara itu, kerajaan Hong Kong tiada rancangan menggunaka­n kuasa darurat era penjajah untuk memperkena­lkan lebih banyak undang-undang baharu selepas bantahan ganas hujung minggu lalu menyaksika­n tentangan meluas larangan pemakaian topeng muka.

Bercakap dalam sidang media mingguan, Lam memberi amaran, ekonomi Hong Kong terjejas teruk sepanjang empat bulan bantahan ganas.

Hab kewangan Asia itu berdepan kemeleseta­n pertama dalam tempoh sedekad.

Hanya separuh sistem kereta api metro beroperasi, semalam berikutan vandalisme meluas infrastruk­tur dan pengguna berdepan barisan panjang di stesen yang dibuka.

Ketika sama, beliau merayu kepada pemaju hartanah dan pemilik premis untuk menawarkan pengecuali­an kepada peniaga yang mana perniagaan mereka terjejas. REUTERS

 ??  ?? Kumpulan pembantah memakai topeng bertindak ganas merosakkan harta benda awam di stesen Diamond Hill di daerah Kowloon, kelmarin.
Kumpulan pembantah memakai topeng bertindak ganas merosakkan harta benda awam di stesen Diamond Hill di daerah Kowloon, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia