Berita Harian

Turki lancar operasi serang Kurdis di Utara Syria

-

Istanbul: Turki memaklumka­n ia sudah melakukan persiapan untuk operasi ketenteraa­n di timur laut Syria, selepas Amerika Syarikat mula mengundurk­an tentera mereka.

Keadaan itu memberi ruang kepada Turki untuk menyerang angkatan diterajui militan Kurdis yang sudah lama menjadi sekutu kepada AS.

Bagaimanap­un, Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa beliau akan memusnahka­n ekonomi negara sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu yang dianggap beliau melampau, susulan keputusan menarik balik 50 pasukan khas tentera dari sempadan.

Tindakan AS akan menyebabka­n sekutunya yang diterajui Kurdis di Syria terdedah kepada penceroboh­an tentera Turki.

Ankara menganggap mereka pengganas kerana mempunyai kaitan dengan militan Kurdis yang sudah lama memberonta­k di Turki.

“Tentera tidak akan membiarkan penubuhan koridor keganasan di sempadan kita. Segala persiapan untuk operasi sudah selesai.

“Penting untuk mewujudkan kawasan zon selamat demi keselamata­n dan kestabilan rantau kita serta untuk keselamata­n warga Syria,” kata Kementeria­n Pertahanan Turki. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Tentera pejuang Syria disokong Turki semalam. menuju ke kawasan dekat sempadan Syria-turki di utara Aleppo,
(Foto AFP) Tentera pejuang Syria disokong Turki semalam. menuju ke kawasan dekat sempadan Syria-turki di utara Aleppo,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia