Berita Harian

4 mati lemas cuba berswafoto dalam sungai

-

New Delhi: Empat sekeluarga, termasuk seorang pengantin baharu mati lemas selepas dihanyutka­n ketika cuba berswafoto dalam sungai berarus deras di selatan India, menurut polis, kelmarin.

Enam mangsa saling memegang tangan dan berdiri dalam air separas pinggang apabila salah seorang wanita terpijak tergelinci­r dan menarik yang lain bersamanya.

Suami wanita itu berjaya menyelamat­kan seorang mangsa tetapi yang lain, termasuk isteri dan remaja lelaki 14 tahun lemas.

Pakar memberi amaran belia yang obses dengan media sosial mengambil langkah melampau menyiarkan swafoto yang dilihat sebagai berani dan berisiko.

Mei lalu, tiga remaja yang mengambil gambar di landasan kereta api di Haryana melompat ke landasan kedua apabila melihat kereta api datang, tanpa menyedari ada satu lagi yang mendekati, dan digelek mati.

Pada 2017, tiga pelajar yang berswafoto di landasan kereta api di Karnataka maut selepas dilanggar kereta api ekspres. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia