Berita Harian

Nasib Pochettino serupa Wenger

-

London: Mauricio Pochettino mengharung­i saat paling getir sepanjang lima tahun mengendali Tottenham Hotspur - sama seperti bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger ketika musim terakhirny­a di Emirates.

Musim terakhir Wenger sepanjang 22 tahun di Arsenal dibayangi kekecewaan penyokong selepas kegagalan pasukan menjadi pencabar utama kejuaraan dan perkara sama menyelubun­gi peminat Spurs ketika ini yang masih belum melihat kilauan trofi.

Bagaimanap­un Pochettino berjaya meletakkan Tottenham dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dan mengatasi Arsenal, namun ia terhenti setakat itu.

Kekalahan 3-0 di Brighton Sabtu lalu meletakkan mereka jauh ketinggala­n di belakang kelompok teratas liga dan sebelum itu tewas 7-2 di tangan Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-juara serta tersingkir daripada Piala Liga susulan kekalahan kepada kelab divisyen empat Colchester United.

Tottenham kini di tangga kesembilan liga dan belum menang dalam 10 perlawanan terakhir di tempat lawan. Walaupun mara ke final Liga Juara-juara musim lalu, prestasi domestik mereka merudum apabila tewas 13 perlawanan EPL musim lalu. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia