Berita Harian

‘Usah sombong, apa saja boleh berlaku’

-

London: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, berkata kelab itu tidak boleh berbangga dengan kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menegaskan ‘apa saja boleh berlaku’ dalam pemburuan kejuaraan.

The Reds mengukuhka­n posisi di carta teratas liga selepas meraih kemenangan sukar ke atas Leicester City, Sabtu lalu ditambah dengan kekalahan mengejutka­n Manchester City di laman sendiri kepada Wolves.

Skuad kendalian Jurgen Klopp masih belum mencicirka­n sebarang mata musim ini dan kini sudah memenangi 17 perlawanan EPL berturut-turut sejak Mac.

Mereka boleh menyamai rekod City yang meraih 18 kemenangan berturut-turut jika menang ke atas Manchester United di Old Trafford apabila saingan liga kembali bersambung selepas rehat antarabang­sa 20 Oktober ini.

Gabungan prestasi baik itu meningkatk­an keterujaan peminat yang kini mula percaya kemarau kejuaraan liga sejak 1990 boleh ditamatkan, tetapi Van Dijk enggan terbawa-bawa dengan pujian dan berkata masih banyak kerja keras perlu dibuat bagi merealisas­ikan impian itu.

“Setakat ini kami dapat semua yang diharapkan. Masih ada ruang untuk penambahba­ikkan dalam permainan kami. Saya fikir kami sepatutnya hanya fokus terhadap semua perlawanan yang akan dihadapi dan tidak melihat sebarang jurang atau mata atau perbezaan di antara kami dengan kelab lain termasuk City.

“Masih banyak tempoh sibuk yang perlu diharungi pada Disember dan Januari, jadi apa saja boleh berlaku,” kata pertahanan Belanda itu sambil mengakui terkejut kekalahan City kepada Wolves. AGENSI

 ??  ?? Aksi van Dijk ketika Liverpool menentang Leicester, Sabtu lalu.
Aksi van Dijk ketika Liverpool menentang Leicester, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia