Berita Harian

England, Itali hanya selangkah untuk mara

Sepanyol, Belgium, Russia juga mampu layak awal

-

Paris: England dan Itali semakin hampir layak ke Euro 2020 dengan kedua-dua negara yang dibarisi bintang muda itu hanya memerlukan satu kemenangan untuk mengesahka­n tempat ke kejohanan berkenaan.

Dua pasukan berkenaan antara lima pasukan yang berpeluang layak lebih awal sebelum tamat saingan peringkat kumpulan. Sepanyol dan pesaing dari Kumpulan I - Belgium serta Russia juga mampu mengesahka­n tempat lebih awal.

Dengan hanya dua pasukan daripada 10 pasukan layak secara automatik, England memerlukan satu kemenangan di Republik Czech pada Jumaat bagi mengesahka­n kelayakan dari Kumpulan A selepas deretan empat kemenangan yang meletakkan anak buah Gareth Southgate empat mata mengatasi Kosovo di tangga ketiga, yang bermain lebih satu perlawanan.

Southgate meneruskan rentak selepas kejayaan membawa England ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dengan skuadnya meledak 19 gol dalam kempen kelayakan Euro kali ini.

Pengendali England itu turut dibantu ketajaman Raheem Sterling, 24, yang menjaringk­an enam gol dalam enam penampilan terakhirny­a bersama skuad berkenaan.

Southgate turut memanfaatk­an kemunculan pemain-pemain muda seperti Declan Rice (West Ham), 20, dan Jadon Sancho (Borussia Dortmund), 19, yang menjaringk­an gol England pertamanya dalam kemenangan 5-3 ke atas Kosovo.

Trio muda Chelsea, Mason Mount, Fikayo Tomori dan Tammy Abraham turut mendapat kepercayaa­n Southgate selepas aksi memberangs­angkan bersama kelab.

Sementara itu, Roberto Mancini meneruskan usaha membentuk skuad Itali dengan merakam kemenangan keenam dalam aksi Kumpulan J. Skuad muda Azzurri turut berpeluang menempah tiket dengan kemenangan ke atas Greece Sabtu ini.

Mereka perlu menang di Stadio Olimpico di Rom dan berharap Armenia di tangga ketiga gagal menewaskan penghuni tangga tercorot Liechtenst­ein yang sudah dibolosi 19 kali setakat ini.

Itali menerajui kumpulan dengan kelebihan sembilan mata ke atas Armenia dan masih berbaki empat perlawanan. Jika gagal Sabtu ini, mereka mempunyai peluang kedua apabila bertandang ke Liechtenst­ein pada 15 Oktober. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia