Berita Harian

Lyon tamat khidmat pengendali

-

Lyon: Lyon mengambil keputusan memecat jurulatih dari Brazil, Sylvinho selepas mengharung­i 11 perlawanan musim ini susulan prestasi yang mengecewak­an, umum kelab Ligue 1 Perancis itu, kelmarin.

Bekas pertahanan Arsenal dan Barcelona itu tiba di Stadium Groupama pada Mei lalu bagi menggantik­an Bruno Genesio.

“Lyon mengambil keputusan untuk menggunaka­n prosedur yang boleh membawa kepada penamatan kontrak Sylvio Mendes Campo Junior (Sylvinho),” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Ini kali pertama bekas pemain berusia 45 tahun itu memegang jawatan sebagai ketua jurulatih selepas sebelum ini pernah membantu Tite bersama skuad kebangsaan Brazil.

Sekali pun kehilangan beberapa pemain utama termasuk Ferland Mendy, Tanguy Ndombele dan Nabil Fekir musim ini, Sylvinho mengharung­i permulaan yang baik apabila Lyon menang 3-0 di Monaco dan membelasah Angers 6-0 dalam dua perlawanan awal liga.

Begitupun mereka gagal memenangi sebarang perlawanan liga selepas itu dan hanya dibezakan satu mata dengan dua pasukan tercorot Ligue 1. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia