Berita Harian

Sampdoria pecat jurulatih kelab

-

Milan: Eusebio Di Francesco menjadi jurulatih pertama Serie A yang dipecat, kelmarin, selepas skuad kendaliann­ya Sampdoria mengharung­i kekalahan keenam daripada tujuh aksi pembukaan.

“Presiden, Massimo Ferrero dan Sampdoria mengumumka­n mereka sudah mendapat persetujua­n bersama dengan Eusebio Di Francesco dan staf teknikalny­a untuk menamatkan hubungan profesiona­l,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Di Francesco dari Itali yang dipecat oleh AS Roma pada Mac lalu dilantik Sampdoria pada Jun tetapi jawatannya hanya bertahan kurang empat bulan.

Pemecatann­ya disahkan dua hari selepas kekalahan 2-0 kelab itu di Hellas Verona, pada Sabtu yang menyaksika­n kelab itu menghuni tangga tercorot Serie A dengan tiga mata. REUTERS Amsterdam: Pengendali Belanda Ronald Koeman berkata dia gembira dengan pilihan yang ada apabila skuadnya beraksi dalam dua perlawanan kelayakan Euro 2020 minggu depan dalam usaha merampas teraju Kumpulan C.

Belanda mampu memintas Ireland Utara di tangga kedua jika mereka menewaskan­nya di Rotterdam pada Khamis dan kemudian merampas kedudukan teratas kumpulan daripada Jerman dengan kemenangan ke atas Belarus pada Ahad.

“Sebagai jurulatih penting untuk memikirkan tentang pasukan kebangsaan dan kesukaran dalam pemilihan pemain. Semua pemain mempunyai kekuatan masing-masing dan ia sesuatu yang positif,” kata Koeman.

“Barisan tengah dan serangan misalnya, mempunyai pelbagai pilihan kombinasi. Mungkin kami akan membuat beberapa pertukaran dalam dua aksi berkenaan, tetapi ia juga bergantung kepada keadaan.”

Belanda turut menyaksika­n kepulangan Donny van de Beek yang cedera bulan lalu ketika pasukannya menang di Jerman dan Estonia.

Van de Beek beraksi cemerlang bersama kelabnya Ajax Amsterdam yang menewaskan Valencia 3-0 dalam aksi Liga Juara-juara minggu lalu.

Belanda kini tiga mata di belakang Jerman dan Ireland Utara tetapi bermain kurang satu perlawanan berbanding dua pasukan teratas itu.

Belanda yang gagal layak ke Kejuaraan Eropah di Perancis pada tahun 2016 dan Piala Dunia di Russia tahun lalu, menunjukka­n peningkata­n di bawah Koeman sejak dia mengambil alih pasukan awal tahun lalu. REUTERS

 ??  ?? Koeman (kiri) memperkata­kan sesuatu kepada skuad Belanda pada sesi latihan di Rotterdam sebelum bertemu Ireland Utara awal pagi Jumaat ini.
Koeman (kiri) memperkata­kan sesuatu kepada skuad Belanda pada sesi latihan di Rotterdam sebelum bertemu Ireland Utara awal pagi Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia