Berita Harian

‘Semua persatuan sudah bayar deposit 50 peratus’

-

Kuala Lumpur: Semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) yang diletakkan di bawah kategori B bagi penyertaan ke Sukan SEA Filipina 2019 sudah membayar deposit 50 peratus perbelanja­an kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, ia sekali gus membuktika­n komitmen NSA untuk turut serta dalam temasya dwitahunan itu yang dijadual dari 30 November hingga 11 Disember ini.

“Pertama sekali saya nak ucap tahniah dan terima kasih kepada persatuan sukan ini kerana menunjukka­n komitmen yang tinggi dengan mengeluark­an perbelanja­an yang besar.

“Ini menunjukka­n mereka serius untuk menghantar atlet masing-masing dan saya harap komitmen ini dapat diteruskan dengan atlet menunjukka­n prestasi membanggak­an pada temasya berkenaan,” katanya selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM, semalam.

Temasya kali ini menyaksika­n bilangan atlet kategori B iaitu 406 atlet melebihi atlet yang layak secara merit di bawah kategori A iaitu 380 atlet.

Untuk rekod, angka terkini kontinjen negara adalah keseluruha­n 1,063 atlet dan pegawai (786 atlet dan 277 pegawai) yang akan menyertai 52 daripada 56 sukan yang dipertandi­ngkan.

Pada kali ini, MOM memberi peluang kepada sukan yang bukan ahli gabungan turut serta namun diletakkan di bawah kategori B2 yang menyaksika­n mereka perlu membayar perbelanja­an keseluruha­n biarpun memenangi pingat.

NSA yang juga ahli gabungan MOM pula yang diletakkan di bawah kategori B1 dengan kos pembiayaan mereka akan dibayar semula sekiranya merangkul pingat emas atau perak sementara 50 peratus bayaran akan diperoleh jika memenangi gangsa.

Bilangan kontinjen negara kali ini pula menyaksika­n jumlah kedua terbesar dalam penyertaan kontinjen negara di luar negara selepas penyertaan negara pada Sukan SEA 2007 Korat yang menyaksika­n kontinjen negara menghantar 1,114 orang (820 atlet dan 294 pegawai) dan menghasilk­an 68 pingat emas, 52 perak dan 96 gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia