Berita Harian

MTBC masih berteka-teki

Megat Zulkarnain akur atlet boling belum dinamakan

-

Kuala Lumpur: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) masih berteka-teki siapa atlet yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Filipina 2019 yang membuka tirainya pada hujung November ini.

Bagaimanap­un, ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata beliau menerima ‘alasan’ yang diberi badan induk itu dengan menyifatka­n ia antara strategi bagi memastikan atlet berada di tahap prestasi tertinggi.

“Saya sudah dapat penjelasan daripada pengurus pasukan, kenapa strategi ini digunakan dan kami berpuas hati. Ada beberapa perkara yang mesti mereka fikir. Mereka akan namakan atlet paling lewat, sebulan sebelum sukan SEA bermula.

“MTBC mempunyai asas kukuh untuk bolehkan mereka mengkaji kekuatan pihak lawan dan yang paling penting untuk setiap pemain meningkatk­an serta mengekalka­n prestasi sedia ada,” katanya selepas mengadakan lawatan persiapan atlet boling di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, semalam.

Megat Zulkarnain berkata, pihaknya bersetuju dengan pendekatan yang diambil MTBC, memandangk­an sukan terbabit sentiasa menyerlah dalam kejohanan besar sebelum ini.

MTBC sebelum ini mengumumka­n sasaran empat pingat emas daripada sembilan acara yang akan dipertandi­ngkan, pada temasya sukan itu yang bermula 30 November hingga 11 Disember itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung MTBC yang juga pengurus pasukan, Maradona Chok berkata pihaknya sudah menyerahka­n senarai pendek atlet kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kami sudah serahkan senarai pendek, namun pemilihan sebenar hanya akan dilakukan selepas Kejohanan Asia kerana ini adalah strategi kami untuk memastikan atlet berada di tahap prestasi terbaik mereka.

“Kami tidak mahu bila sudah umum pasukan Sukan SEA mereka tidak boleh fokus di kejohanan lain. Kejohanan Asia juga satu kejohanan yang besar, begitu juga dengan Piala Dunia AMF Qubica,” katanya.

Bagaimanap­un, sebelum ini MTBC mengumumka­n juara dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail dan Sin Li Jane bakal membawa cabaran negara pada temasya itu manakala senarai tiga atlet wanita dan tiga lagi atlet lelaki akan diumumkan kemudian.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Megat Zulkarnain dan timbalanny­a, Nurul Huda Abdullah bergambar bersama pasukan tenpin boling negara yang menjalani latihan semalam, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini.
(Foto BERNAMA) Megat Zulkarnain dan timbalanny­a, Nurul Huda Abdullah bergambar bersama pasukan tenpin boling negara yang menjalani latihan semalam, sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia