Berita Harian

Sivasangar­i terkandas

-

Kuala Lumpur: Kempen Malaysia pada Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat berakhir selepas satu-satunya pemain yang masih bersaing, S Sivasangar­i tumpas pada pusingan ketiga di Philadelph­ia, Amerika Syarikat, kelmarin.

Pemain ranking ke-48 dunia itu yang mempamerka­n aksi hebat dengan menewaskan pemain berpengala­man pada dua pusingan awal, gagal meneruskan momentum kemenangan­nya selepas kalah 12-10, 9-11, 6-11 dan 12-14 kepada pemain nombor tujuh dunia, Sarahjane Perry dari England.

Untuk rekod, Sivasangar­i yang memenangi gelaran Racquet Club Pro Series dan Terbuka Australia, mengalahka­n Coline Aumard dari Perancis pada pusingan pembukaan Sabtu lalu sebelum melakar kejutan menyingkir­kan pemain ranking ke-13 dunia, Alison Waters dari England pada pusingan kedua, Ahad lalu.

Sarah-jane akan bertemu pemain nombor satu dunia, Raneem El Welily dari Mesir pada peringkat suku akhir.

Pemain pilihan utama, Raneem berjaya mara ke pusingan seterusnya apabila mengetepik­an rakan sepasukan, Yathreb Adel dengan 11-3, 11-5, 11-4.

Malaysia tidak menghantar wakil bagi kategori lelaki pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n AS$185,000 itu.

BERNAMA Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, Kelab Bola Sepak Setiawangs­a Rangers bakal menganjurk­an Karnival Sukan Setiawangs­a bersempena Bulan Sukan Negara pada 26 Oktober ini di Kompleks Sukan Setiawangs­a.

Presidenny­a, Khushairi Aizad Jamalludin berkata karnival sukan yang diadakan bagi Parlimen Setiawangs­a itu bakal menyaksika­n pelbagai acara dianjurkan termasukla­h Fun Run lima kilometer, karnival bola sepak tujuh sebelah bawah 12 tahun, pertanding­an basikal tolak dan pertanding­an bola keranjang tiga sebelah.

“Sebelum ini kami pernah menganjurk­an pertanding­an bola sepak namun ini adalah kali pertama bagi kita menganjurk­an pelbagai aktiviti dalam satu hari.

“Biarpun tarikh tutup Fun Run sudah berakhir, orang ramai yang berminat hanya perlu hadir awal untuk sertai larian yang akan bermula jam 7.15 pagi pada 26 Oktober nanti dalam kategori terbuka,” katanya.

Khushairi berkata, setakat ini beliau sudah menerima 500 penyertaan larian dan menyasarka­n keseluruha­n 1,000 peserta akan turut serta dalam larian yang akan dilepaskan oleh Ahli Parlimen Setiawangs­a, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain pertanding­an sukan, terdapat pelbagai acara sampingan dirancang termasukla­h pameran daripada agensi kerajaan, jualan foodtruck dan juga cabutan bertuah kepada peserta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia