Berita Harian

Hafizh Syahrin sertai Angel Nieto

Sah turun ke saingan Moto2 musim depan

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hafizh Syahrin Abdullah sah turun ke saingan Moto2 musim depan bersama pasukan Angel Nieto Team, namun di sebalik perkembang­an itu, pelumba profesiona­l negara berkenaan harus berdepan laluan berliku - ‘berlumba tanpa gaji’.

Dalam satu sidang media semalam, pelumba Red Bull KTM Tech3 dalam saingan Motogp itu memberitah­u dia mengikat kontrak setahun bersama pasukan berpangkal­an di Sepanyol berkenaan.

Selain itu, Hafizh turut memberitah­u dirinya perlu mencari pembiayaan peribadi bagi mengharung­i cabaran tahun depan - dalam usahanya untuk mencapai objektif berada dalam kelompok lima terbaik keseluruha­n saingan kelas pertengaha­n itu.

“Saya mempunyai pilihan bersama (pasukan) Aspar (nama pasukan Angel Nieto sebelum ini) dan saya ambil peluang ini walaupun berlumba tanpa gaji tahun depan. Jadi, saya harus mencari penaja peribadi yang boleh menaja tiket penerbanga­n, penginapan di Barcelona dan juga latihan.

“Biarpun begitu, saya tetap bersemanga­t walaupun berlumba tanpa gaji tahun depan,” kata Hafizh mengulas mengenai slot berkenaan yang meletakkan syarat sebegitu kepadanya.

Buat masa ini, antara tajaan yang diterima Hafizh adalah daripada syarikat minuman tenaga Red Bull dan pakaian sukan permotoran, RS Taichi, dan tajaan berkenaan akan kekal bersamanya musim depan.

“Saya belum membuat perkiraan sebenar lagi daripada kos yang saya bayar untuk tahun ini daripada segi tiket penerbanga­n, tempat tinggal dan latihan. Tapi apapun, saya membuat perancanga­n rapi tentang kos tahun depan. Mungkin pada masa akan datang, saya boleh memberitah­u nilai kos yang diperlukan untuk saya terus di Moto2 dan saya akan bekerja keras daripada sekarang,” katanya.

Hafizh sebelum ini pernah menyatakan dirinya mempunyai dua ataupun tiga tawaran dalam kelas pertengaha­n itu namun Angel Nieto adalah yang bersesuaia­n selepas pilihan untuk terus bersama Tech3 dalam saingan Moto2 tidak kesampaian susulan KTM membuat keputusan memberi tumpuan kepada saingan Moto3 dan Motogp.

“Saya ada berbincang dengan dua tiga pasukan namun tidak dapat diteruskan. Antara salah satu pasukan yang saya bincang adalah bersama Aspar. Datuk Razlan Razali (Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang) banyak bantu dan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana membantu karier saya tahun depan.

“Saya hanya fokus untuk menamatkan saingan tahun ini dan sasaran tahun depan adalah berada dalam kelompok kelima terbaik keseluruha­n Moto2. Tahun depan, saya bersama ‘chassis’ Speed Up yang tahun ini kompetitif dan memberi saingan kepada Kalex.

“Tak begitu mudah untuk saya katakan yang saya boleh memenangi perlumbaan dan sentiasa berada di podium tapi saya yakin dengan kapasiti dan pengalaman di Motogp ini. Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya akan mengambil perkara ini sebagai motivasi.

“Kalau saya buat yang terbaik di Moto2 dan berada di kelompok lima terbaik, Insyaallah saya akan berada di Motogp semula. Kalau saya berada dalam kelompok 15 atau 10 terbaik, Datuk Razlan akan beri peluang di Moto2 lagi. Saya akan buktikan kepada semua yang saya mampu memberi saingan lagi pada tahun depan,” katanya yang sebelum ini mempunyai empat tahun pengalaman dalam kelas pertengaha­n itu dari 2014 hingga 2017.

 ??  ??
 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Hafizh Syahrin pada sidang media, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Hafizh Syahrin pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia