Berita Harian

Peluang Hadi Fayyadh kekal di Jepun masih samar

-

Kuala Lumpur: Masa depan penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak bersama pasukan Fagiano Okayama menjadi tanda-tanya sekali gus peluangnya untuk terus kekal berada di Jepun samar.

Ini selepas Pengarah Urusan Fagiano Okayama, Tokuhiko Suzuki mengesahka­n pihaknya masih lagi menilai perkembang­an untuk mempertimb­angkan lanjutan kontrak pemain berusia 19 tahun itu yang akan berakhir, hujung tahun ini.

Bagaimanap­un, Suzuki menjelaska­n situasi itu bukan setakat kepada Hadi Fayyadh sematamata kerana pertimbang­an tetap dibuat kepada semua pemain yang bersama pasukan yang beraksi dalam saingan Divisyen Dua Liga Jepun (Liga J) itu.

“Buat masa ini kita tak boleh nak jelaskan sama ada kontrak Hadi akan disambung atau tidak bersama kelab kerana bukan Hadi sahaja, tetapi semua pemain.

“Perkara ini bergantung kepada prestasi pemain itu sendiri dan ia bergantung kepada keputusan selepas musim ini habis. Buat masa sekarang kita tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Apapun, kami gembira dengan perkembang­an yang ditunjukka­n Hadi Fayyadh dan dia semakin serasi dengan corak permainan pantas Jepun sekali gus menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan dalam pasukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Kerjasama antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Fagiano Okayama di Bukit Jalil, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Suzuki mengesahka­n pihaknya akan menganjurk­an klinik bola sepak di empat negeri dengan pemain bertuah akan diberi peluang menyertai latihan bersama pasukan itu.

“Kita akan menganjurk­an klinik bola sepak hujung tahun ini di Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor di mana seorang pemain terbaik di setiap negeri akan dipilih untuk menjalani latihan bersama Fagiano Okayama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia