Berita Harian

Mat Yo yakin gegar Hanoi

Penggempur negara tak peduli status Van Hau

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sekalipun Vietnam memiliki pertahanan berpangkal­an di Eropah, Doan Van Hau, penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha optimis mampu merobek gawang lawan itu menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam esok.

Menurut penggempur berpengala­man itu, paling penting barisan pemain Harimau Malaya dapat mengekalka­n fokus beraksi sebagai satu pasukan daripada lebih memikirkan terhadap kemampuan yang dimiliki pihak lawan.

“Memang mereka memiliki pertahanan yang beraksi di Eropah dan situasi itu mungkin boleh menjadi satu kelebihan buat Vietnam.

“Namun, jika barisan pemain dapat bersatu hati dan memberikan lebih 100 peratus, mungkin kita boleh mendapatka­n keputusan positif di sini,” katanya pada sesi latihan di Hanoi, semalam.

Selain Van Hau yang beraksi di Eredivisie bersama Heerenveen SC, pengendali Vietnam, Park Hang Seo turut memanggil seorang lagi pemain yang berpangkal­an di Eropah iaitu penyerang, Nguyen Cong Phuong yang beraksi bersama pasukan Liga Belgium, Sint-truidense.

Dalam masa sama, penyerang yang lebih mesra disapa Mat Yo itu mengakui setiap pemain yang diturunkan khususnya di bahagian serangan memikul tanggungja­wab yang sama dalam misi memburu gol.

“Saya sentiasa menyimpan hasrat untuk menjaringk­an gol dalam setiap aksi dan jika saya diturunkan pada aksi Khamis ini (esok), saya janji akan memberikan yang terbaik.

“Namun sesiapa pun boleh menjaringk­an gol kerana yang penting, kita sentiasa bersatu hati. Saya percaya pada rezeki dan saya harapkan semoga rezeki kita akan sentiasa mudah ketika menentang Vietnam nanti,” katanya.

Sementara itu, media Vietnam, vnexpress.net melaporkan Vietnam ‘melarikan diri’ apabila menukar venue latihan semalam kerana bimbang ‘diintai’ pasukan Malaysia yang turut berlatih di gelanggang sama.

Menurut laporan itu, Hang Seo mahukan sesi latihan secara tertutup sekali gus memohon Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) menukar lokasi latihan mereka ke tempat lain.

Hang Seo dipetik sebagai berkata, latihan itu sememangny­a penting memandangk­an dia mahu memuktamad­kan perancanga­n yang strategik untuk berdepan Malaysia pada aksi di Stadium My Dinh.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin / BH) ?? Wakil media menemurama­h Mat Yo ketika menjalani latihan di Hanoi, semalam
(Foto Mohd Yusni Ariffin / BH) Wakil media menemurama­h Mat Yo ketika menjalani latihan di Hanoi, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia