Berita Harian

Rowley idam ikut jejak Brendan

-

Kuala Lumpur: Prestasi memberangs­angkan pemain kacukan negara, Brendan Gan bersama skuad Harimau Malaya jelas menjadi pemangkin buat seorang lagi pemain kacukan, David Rowley mengikut jejak langkah pemain tengah negara itu.

Pemain kacukan Malaysiaau­stralia yang beraksi buat Kedah itu mengakui dia menjadikan Brendan sebagai idolanya terutama selepas mengetahui kebangkita­n yang ditunjukka­n pemain tengah Perak itu yang sebelum ini berdepan pelbagai kecederaan serius.

“Gan seorang pemain cukup mengagumka­n kerana dia melalui dua kali pembedahan kecederaan ACL tetapi dia berjaya bangkit serta berada di tahap prestasi terbaik.

“Dia sering sahaja menjaringk­an gol yang cantik bersama Perak dan saya harap boleh berganding­an dengannya dalam skuad kebangsaan yang menjadi impian saya sejak dahulu.

“Malah pemain kacukan lain seperti Matthew Davies dan Corbin Ong juga menjadi sumber motivasi saya dalam mengejar cita-cita selain kagum dengan kemampuan pemain tempatan lain seperti Safawi Rasid,” katanya.

Dengan prestasi terbaiknya bersama Kedah buat masa ini yang menyaksika­n dia meledak dua gol pada aksi suku akhir Piala Malaysia menentang PKNP FC, mungkin sedikit sebanyak memberi pilihan kepada Tan Cheng Hoe dalam pemilihan skuad kebangsaan selepas ini.

Sebagai rekod, Rowley yang dilahirkan di Brisbane, Australia memperoleh kerakyatan pada tahun 2017 dengan ibunya berasal dari Malaysia sementara ayah berasal dari England.

Dia pernah berkelana ke Jerman, Luxembourg dan Thailand selain Australia sebelum PDRM menjadi destinasi pertama pada musim 2018 namun gagal untuk mendapat tempat.

Pada pertengaha­n musim itu, Rowley menyertai Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Kelantan pada awal musim ini namun dia akhirnya menyertai Kedah pada jendela perpindaha­n kedua, Mei lalu.

 ??  ?? David Rowley
David Rowley

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia