Berita Harian

Penginapan keluarga pesakit di hospital terus jadi masalah

Sarawak mahu lebih banyak NGO hulur bantuan, tawar perkhidmat­an

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Kuching: Masalah penginapan terus membelengg­u keluarga pesakit yang datang dari bahagian lain untuk rawatan hospital di Kuching atau di bandar utama lain di negeri ini, walaupun kerajaan menyediaka­n tempat penginapan di Anjung Kasih.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata Anjung Kasih sedia ada termasuk di Hospital Umum Sarawak, kini tidak mampu menampung jumlah keluarga pesakit dari bahagian lain.

Berikutan itu, katanya, ramai keluarga pesakit memilih kaki lima dan koridor di hospital sebagai tempat tidur sementara menunggu ahli keluarga mereka yang menerima rawatan.

“Justeru, kita mahu lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu menawarkan perkhidmat­an mereka kepada pesakit serta keluarga yang memerlukan penginapan ketika menemani ahli keluarga mereka menerima rawatan di hospital di negeri ini.

“Kerajaan ada menyediaka­n Anjung Kasih menerusi Yayasan Kebajikan Malaysia, namun ia masih tidak mampu menampung keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan Penasihat Persatuan Kebajikan Pesakit Islam Kuching (PKPIK), Mohamad Annuar Sain dan pengerusi persatuan itu, Azmi Shaari di pejabatnya di sini, semalam.

Fatimah berkata, PKPIK antara contoh NGO terbaik yang membantu mengurangk­an masalah penginapan keluarga pesakit itu.

“PKPIK bukan sahaja membantu menyediaka­n penginapan, tetapi juga bantuan kaunseling serta pengurusan jenazah.

Justeru, katanya, lebih banyak NGO di negeri ini perlu mencontohi kerja amal yang dilaksanak­an PKPIK, malah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediaka­n geran untuk kegiatan kebajikan yang memanfaatk­an masyarakat, seperti yang dilakukan PKPIK.

“Kita akan mempertimb­angkan geran selepas mereka menyediaka­n kertas cadangan kepada kita mengenai kegiatan mereka,” katanya.

Kita mahu lebih banyak NGO tampil bantu tawarkan perkhidmat­an mereka kepada pesakit serta keluarga yang memerlukan penginapan ketika temani ahli keluarga mereka terima rawatan di hospital. Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia