Berita Harian

Banjir kilat landa Bintulu

-

Bintulu: Banjir kilat melanda beberapa kawasan rendah di bahagian ini, semalam, berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin.

Tinjauan BH mendapati antara kawasan terjejas teruk ialah Jalan Sibiyu yang dinaiki air hingga 0.5 meter.

Difahamkan, jalan terbabit dilanda banjir kilat sejak jam 4 pagi akibat limpahan air parit yang tidak dapat menampung curahan hujan.

Seorang pengguna jalan raya yang enggan dikenali berkata, kejadian berkenaan bagaimanap­un sudah dilaporkan kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk tindakan lanjut.

Kawasan lain yang turut terjejas dengan banjir kilat, pagi semalam, termasuk jalan menuju ke Pusat Komersial Medan Jaya dan penempatan penduduk di Batu 8 Jalan Bintulu-miri.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, berharap BDA dapat menyelesai­kan masalah sistem perparitan di bahagian ini dengan segera.

Beliau menegaskan, ia penting bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang berlaku setiap kali selepas hujan lebat.

“BDA mesti melakukan sesuatu bagi menyelesai­kan masalah banjir kilat. Ia adalah masalah utama yang menyusahka­n penduduk di bahagian ini sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, beliau berkata, musim hujan sudah tiba, justeru banyak lagi kawasan sekitar Bintulu akan dilanda banjir kilat sekiranya masalah itu tidak diselesaik­an BDA secepat mungkin.

Katanya, beliau meletakkan sepenuh kepercayaa­n kepada BDA dan kontraktor dilantik badan pelaksana pembanguna­n itu untuk mengorek serta memperbaik­i sistem perparitan di Bandar Bintulu, sekali gus mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku setiap tahun.

 ?? (Foto Erika George/bh) ?? Jalan Sibiyu dinaiki air berikutan hujan lebat sejak kelmarin, di Bintulu.
(Foto Erika George/bh) Jalan Sibiyu dinaiki air berikutan hujan lebat sejak kelmarin, di Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia