Berita Harian

Kementeria­n tak cadang henti operasi klinik desa

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan tidak bercadang menghentik­an operasi klinik desa walaupun jumlah pesakit mendapatka­n rawatan di situ, berkuranga­n.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata kementeria­n juga merancang menambah jumlah hospital dan pusat rawatan di kawasan luar bandar.

“Jika pesakit tidak ramai, kita kaji semula supaya pesakit boleh mendapatka­n rawatan di klinik kesihatan berdekatan tetapi saya ingin memaklumka­n bahawa klinik desa tidak akan ditutup.

“Kementeria­n sendiri merancang menambah jumlah hospital di luar bandar seperti hospital di Petra Jaya, Sri Aman dan Lawas di Sarawak,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-PBB Sibuti) berhubung dakwaan Kementeria­n Kesihatan akan menutup klinik desa kerana kadar lawatan pesakit yang kurang.

Dr Lee berkata, kementeria­n juga sedang menambah baik kemudahan perubatan di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah melalui klinik bergerak, bot, kenderaan pacuan empat roda dan helikopter.

Menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-BERSATU Tanah Merah) berhubung usaha kerajaan mengatasi masalah kesesakan di wad hospital kerajaan, Dr Lee berkata, pelbagai usaha sedang dilaksanak­an.

Beliau berkata, antara inisiatif dilaksanak­an ialah memperluas­kan perkhidmat­an rawatan harian (PRH), iaitu perkhidmat­an klinikal disempurna­kan pada hari yang sama.

“Kementeria­n turut melaksanak­an inisiatif Hospital Kluster yang menjadi kerjasama antara hospital pakar dengan hospital tanpa pakar bagi membolehka­n pesakit luar bandar menerima rawatan pakar tanpa perlu dirujuk ke hospital pakar.

“Selain itu, kita mewujudkan unit pengurusan katil (BMU) dengan merancang kemasukan pesakit elektif dan memastikan pesakit memerlukan katil, diutamakan dengan segera,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kementeria­n Kesihatan tetap meneruskan operasi klinik desa walaupun tidak ramai pesakit mendapatka­n rawatan.
(Foto hiasan) Kementeria­n Kesihatan tetap meneruskan operasi klinik desa walaupun tidak ramai pesakit mendapatka­n rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia