Berita Harian

Tingkat kadar penembusan jalur lebar ke pedalaman

Sabah mahu syarikat komunikasi bersama rapat jurang digital

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Kota Kinabalu: Sabah mengingatk­an syarikat telekomuni­kasi yang menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar di negeri ini agar tidak menyisihka­n kawasan pedalaman dan luar bandar untuk menikmati kemudahan itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha perlu dipertingk­atkan dalam meningkatk­an kadar penembusan jalur lebar di lokasi berkenaan seiring dengan komitmen kera- jaan negeri merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Di kampung tidak dihubungka­n jalan raya atau berkeadaan teruk akibat hujan, selain bentuk muka buminya, jalur lebar boleh menjadi alat komunikasi terpenting. Ketika kecemasan, ia boleh menjadi satu-satunya cara terbaik untuk mereka mendapatka­n bantuan hospital jika keadaan jalan raya teruk.

“Petani yang tinggal jauh dari pekan boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian tanpa perlu berjalan jauh untuk ke tamu atau pasar terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pertukaran Perjanjian Akses Antara Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd dan Maxis Berhad, semalam.

Teks ucapannya dibaca Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong

Yang hadir sama Pengerusi Maxis Berhad, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Pengerusi Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, Ahnad Rizal Dahli.

Mohd Shafie berkata, kerjasama antara penyedia perkhidmat­an penting bagi menjayakan pelaksanaa­n Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) yang dilancarka­n Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini.

“Dengan meluaskan akses kepada jaringan jalur lebar, lebih ramai pelanggan dan perniagaan di Sabah dapat memanfaatk­an internet bagi mewujudkan peluang yang lebih baik dan dapat mempercepa­tkan pertumbuha­n ekonomi digital,” katanya.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata kerajaan negeri akan terus memainkan peranan menyediaka­n asas ekonomi yang kukuh bagi memastikan negeri ini, rakyatnya dan komuniti perniagaan dipersiapk­an ke arah menghadapi revolusi Industri 4.0.

Sementara itu, melalui kerjasama itu, Maxis menawarkan akses lebih luas kepada kesalinghu­bungan gentian untuk rakyat dan perniagaan di Sabah melalui penyediaan Perkhidmat­an Rangkaian Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi (HSBB).

Kerjasama itu membolehka­n Maxis mempunyai akses penuh kepada rangkaian gentian optik Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd yang membolehka­n sambungan langsung untuk menawarkan jalur lebar berkelajua­n tinggi kepada pengguna dengan kadar yang menarik.

Ia turut membolehka­n Maxis menawarkan pelan fiber sedia ada kepada lebih banyak kediaman dan perniagaan di negeri ini, selain ditawarkan pada harga berpatutan mulai 1 November depan.

 ?? (Foto Edmund Samunting/bh) ?? Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Gokhan Ogut (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CT Sabah, Nazarudin Abdul Karim bertukar dokumen perjanjian disaksikan Jaujan (tengah) pada Majlis Pertukaran Perjanjian Akses di antara CT Sabah dan Maxis Berhad di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto Edmund Samunting/bh) Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Gokhan Ogut (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif CT Sabah, Nazarudin Abdul Karim bertukar dokumen perjanjian disaksikan Jaujan (tengah) pada Majlis Pertukaran Perjanjian Akses di antara CT Sabah dan Maxis Berhad di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia