Berita Harian

PPIS sokong kerajaan negeri henti lesen mesin slot

-

Kota Kinabalu: Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) mempertaha­nkan langkah kerajaan negeri menamatkan pengeluara­n lesen judi mesin slot bagi mengekang kegiatan perjudian dalam kalangan rakyat negeri ini.

Yang Dipertuany­a, Datuk Nani Sakam, berkata langkah itu wajar disokong memandangk­an ia membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat, selain selari dengan amalan Islam yang mengharamk­an perjudian.

Katanya, larangan itu juga dapat memastikan masyarakat Islam dan rakyat Sabah keseluruha­nnya tidak terjebak dengan perjudian hingga menimbulka­n pelbagai masalah dalam masyarakat negeri ini.

“Judi lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan. Kita perlu memikirkan kesan buruknya kepada masyarakat berbanding kebaikan yang sedikit hanya dinikmati segelintir orang,” katanya semalam.

Beliau yang juga Yang Dipertua Gabungan Badan Bukan Kerajaan Negeri Sabah (GANNOS) berkata, mengulas bantahan Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Kelab Rekreasi Sabah (PKPKRS), yang mahu kerajaan mengkaji semula keputusan itu.

Nani berkata, langkah kerajaan negeri menghentik­an pengeluara­n lesen kepada premis perjudian mesin slot perlu dilihat secara positif dan menyeluruh, lebih-lebih lagi ia turut disokong pelbagai pihak.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong, berkata kerajaan negeri bersetuju tidak memperbaha­rui lesen mesin slot di Sabah selepas mengambil kira kajian dan maklum balas awam bahawa judi memudaratk­an masyarakat Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia