Berita Harian

Tiga agensi diarah siasat dakwaan

-

Kota Kinabalu: Taman-taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) diarah bekerjasam­a dengan Jabatan Perikanan negeri untuk menyiasat dakwaan pengambila­n karang hidup di perairan Semporna.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew, berkata ketiga-tiga agensi turut diminta menubuhkan satu kumpulan kerja bagi menangani perbuatan itu dan memastikan ia tidak berulang.

Katanya, tindakan itu diambil berikutan penyebaran dalam media sosial Facebook beberapa

Saya lihat serius perkara ini dan ia sama sekali tidak boleh dibiar berleluasa.

gambar berserta kenyataan berkaitan kegiatan mengambil karang hidup yang didakwa berlaku di Semporna.

“Saya memandang serius perkara ini dan ia sama sekali tidak boleh dibiarkan berleluasa.

“Perkara ini bukan saja merosakkan alam semulajadi, malah menjejaska­n sumber pendapatan nelayan dan pengusaha pelanconga­n selain merosakkan imej dan nama baik Sabah di mata dunia,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, berkata walaupun belum dipastikan sama ada karang hidup itu diambil di luar kawasan Taman Marin Tun Sakaran atau Taman Pulau Sipadan, tindakan sewajarnya tetap perlu diambil.

Seorang pengguna laman sosial Facebook menggunaka­n nama Laili Basir, baru-baru ini memuat naik beberapa gambar yang menunjukka­n kegiatan memunggah karang hidup yang disimpan dalam kotak polisterin ke atas sebuah pacuan empat roda.

Dalam hantaran itu, beliau mendakwa menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan membawa keluar karang hidup dari kepulauan di Semporna untuk dijual, dipercayai berlaku di Jeti Umum Semporna pada 3 Oktober lalu.

Beliau turut mendakwa pelaku kegiatan itu menyalah guna lesen eksport hidupan marin dan lesen penternaka­n batu karang kerana karang hidup terbabit dipercayai bukan dibawa keluar dari kawasan penternaka­n batu karang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia