Berita Harian

Peruntukan antara RM800 juta hingga RM1.67 bilion

Dua mekanisme babit kombinasi makanan bermasak, buah-buahan manfaat 2.7 juta murid

- Oleh Mohd Anwar Patho Rahman, Norhafzan Jaafar, Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Program Sarapan Percuma untuk manfaat kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah seluruh negara yang akan dimulakan tahun depan, dilaksana menerusi dua mekanisme membabitka­n peruntukan antara RM800 juta hingga RM1.67 bilion.

Dua mekanisme itu adalah program selama 30 minit, membabitka­n kombinasi makanan bermasak dan buah-buahan serta selama 10 minit bagi produk minuman tenusu, bijirin, roti dan telur rebus.

Seramai 2,691,231 murid sekolah rendah seluruh negara bakal mendapat manfaat menerusi pelaksanaa­n program terbabit yang melalui program rintis di tujuh sekolah kawasan pedalaman mulai September lalu dan akan berakhir November ini.

Senarai menu dibangunka­n bersama kepakaran Kementeria­n Kesihatan dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi memastikan juadah yang disediakan memenuhi keperluan khasiat diperlukan murid.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata jumlah peruntukan bagi program itu berdasarka­n 200 hari persekolah­an dan mengambil kira kos pembekalan makanan mentah ke kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, selain ke Labuan.

“Program ini hadiah Kerajaan Pusat kepada rakyat. Kita mengambil berat mengenai nutrisi dan sebab itu bimbingan daripada Kementeria­n Kesihatan menjadi panduan kami,” katanya menjawab soalan Sabri Azit (Pas-jerai) di Dewan Rakyat, semalam.

Waktu sarapan adalah sebelum jam 8.30 pagi bagi persekolah­an sesi pagi dan sebelum jam 4 petang bagi sesi petang, selain dijadualka­n secara berperingk­at mengikut kesesuaian sekolah.

Maszlee menjelaska­n, guru yang bertugas dalam tempoh program berkenaan akan turut diberikan sarapan percuma supaya dapat makan bersama murid.

“Guru akan bersarapan sekali dengan murid di samping mengambil peluang mendidik mengenai khasiat serta adab pemakanan. Lokasi makan akan dipelbagai­kan bagi memberi masa kepada murid mencuci peralatan makanan masing-masing.

“Ini sebahagian daripada pendidikan sivik yang ingin diterapkan kementeria­n selain elemen pendidikan kesihatan dengan mengamalka­n pengambila­n sarapan berkhasiat dan sihat,” katanya.

Kementeria­n juga, katanya, turut mengambil pengalaman daripada pelaksanaa­n Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebelum ini bagi mengelak pembaziran.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali /BH) ?? Maszlee pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, semalam.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali /BH) Maszlee pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, semalam.
 ??  ?? Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah seluruh negara akan dimulakan tahun hadapan.
Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah seluruh negara akan dimulakan tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia