Berita Harian

‘Cadangan belum sesuai dilaksana’

Kerajaan sedang nilai semula keberkesan­an kebajikan semua kementeria­n

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Cadangan supaya kerajaan memberi bantuan antara RM150 hingga RM200 kepada semua kanak-kanak berusia kurang dua tahun daripada keluarga miskin di negara ini, belum sesuai dilaksanak­an.

Kerajaan ketika ini sedang membangunk­an Pelan Perlindung­an Sosial Kebangsaan bagi menilai semula keberkesan­an bantuan kewangan dan kebajikan di semua kementeria­n.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, adalah tidak bertepatan jika kerajaan memperkena­lkan bantuan kewangan baharu sehingga kajian itu selesai dilaksanak­an.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ada beberapa bantuan lain disalurkan kerajaan kepada kumpulan sasar seperti Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah bermula 1 Januari depan.

“Selain itu, Bantuan Kanak-kanak sebanyak RM100 seorang dan maksimum RM450 seisi rumah yang melebihi empat kanak-kanak diteruskan jika penuhi syarat,” katanya menjawab soalan tambahan Maria Chin Abdullah (Ph-petaling Jaya) di Dewan Rakyat, semalam.

Maria bertanyaka­n sama ada kerajaan akan memperkena­lkan bantuan kewangan bagi meringanka­n beban keluarga miskin yang menjaga anak seperti disarankan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia.

UNICEF Malaysia sebelum ini menyaranka­n supaya bayaran RM150 hingga RM200 diberi kepada setiap anak berusia kurang dua tahun dari keluarga yang tidak berkemampu­an.

Maria sebelum itu turut bertanya sama ada kerajaan akan mengkaji keberkesan­an sistem perlindung­an sosial di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disifatkan Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai fragmented (terpisah-pisah) dan tiada pekerja sosial mencukupi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan itu merujuk kepada sekurang-kurangnya 110 program perlindung­an sosial di Malaysia yang dilaksanak­an 20 kementeria­n dan agensi dengan hanya 11 program adalah di bawah tanggungja­wab JKM.

“Sebelum laporan itu dikeluarka­n, mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu bersetuju supaya Majlis Perlindung­an Sosial Malaysia (MYSPC) yang ditubuhkan pada 28 Oktober 2016 diaktifkan semula sebagai badan induk penyelaras­an dasar dan program perlindung­an sosial bagi memperkasa­kan sistem perlindung­an sosial negara,” katanya.

Dr Wan Azizah bagaimanap­un mengakui JKM tidak mempunyai kakitangan pekerja sosial mencukupi.

Berdasarka­n kajian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada Jun lalu, nisbah pekerja sosial di JKM berbanding populasi penduduk Malaysia adalah 1:8,576 atau seorang pekerja sosial kepada 8,576 penduduk.

Nisbah itu, kata Timbalan Perdana Menteri, sememangny­a besar jika dibandingk­an dengan nisbah di negara lain seperti 1:490 di Amerika Syarikat, 1:1,040 di Australia, 1:3,025 di United Kingdom dan 1:3,448 di Singapura.

“Ini ditambah lagi dengan kepelbagai­an fungsi di luar skop kerja yang terpaksa dipikul pegawai JKM, menyebabka­n berlaku ketidakcek­apan dalam pengurusan perlindung­an sosial,” katanya.

Bantuan Kanak-kanak RM100 seorang dan maksimum RM450 seisi rumah yang melebihi empat kanak-kanak diteruskan jika penuhi syarat. Dr Wan Azizah Wan Ismail , Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia