Berita Harian

Jumlah pelajar MARA ke Korea akan ditambah

-

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar akan menambah jumlah pelajar dari institusi pengajian tinggi milik MARA melanjutka­n pengajian ke universiti di Korea Selatan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata MARA sudah menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan bersama dua universiti negara berkenaan, Universiti Hanyang dan Ewha Woman’s University.

Ketika ini, ada 29 pelajar Pra Korea Universiti Kuala Lumpur (Unikl)-malaysian Institute of Informatio­n Technology (MIIT) melanjutka­n pengajian ijazah pertama dan tiga pelajar pasca ijazah/doktor falsafah (PHD) di Universiti Hanyang.

Di Ewha Woman’s University pula, seramai tujuh pelajar UNIKL sedang mengikuti program bahasa Korea dan lima lagi di bawah tajaan MARA mengikuti pengajian ijazah pertama.

Dua pensyarah dari Ewha Woman’s University turut ditugaskan membantu mengendali­kan pembelajar­an Bahasa Korea di UNIKL sebagai persiapan pelajar sebelum menyambung pengajian di universiti berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini semalam, Rina berkata, setiap tahun, 20 pelajar tajaan MARA akan dihantar melanjutka­n pengajian di dua universiti berkenaan dan jumlahnya akan ditambah sehingga 100 peratus.

“Saya sudah berbincang dengan dua universiti berkenaan dan antara cadangan adalah pelajar yang mendapat tawaran, akan mengikuti program diploma dua tahun di negara ini sebelum menyambung peringkat ijazah selama dua tahun lagi di Korea,” katanya.

Beliau menjelaska­n, sepanjang dua tahun belajar di negara ini, pelajar akan diberi pendedahan berkaitan budaya dan bahasa Korea, sekali gus memudahkan mereka apabila berada di negara terbabit.

Dalam perkembang­an berkaitan, Rina berkata, penghantar­an pelajar Malaysia ke Jepun menerusi Program Pendidikan Tinggi Malaysia-jepun (MJHEP) akan diteruskan dalam usaha memperkasa hubungan antara dua negara.

MJHEP adalah satu daripada program Dasar Pandang ke Timur yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1982.

“Kita berharap jumlah pelajar dihantar tahun depan meningkat, sejajar pertambaha­n program bersama 24 universiti terkemuka di negara itu,” kata Rina.

Ketika ini, katanya, 285 pelajar MJHEP mengikuti pengajian ijazah kejurutera­an elektrikal dan mekanikal selama dua tahun di Jepun selepas mengikuti program persediaan tiga tahun di kampus MARA-JAPAN Industrial Institute (MJII) di Beranang, Selangor.

 ??  ?? Rina Harun
Rina Harun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia