Berita Harian

Tiada keperluan tubuh RCI siasat kes jual Mykad

-

Kuala Lumpur: Tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan suruhanjay­a siasatan diraja (RCI) buat masa ini bagi menyiasat kes penjualan kad pengenalan dan sijil kelahiran di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata ini kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa penuh menjalanka­n siasatan dengan menyeluruh.

“Memandangk­an kes masih berjalan dan beberapa individu sudah didakwa di mahkamah, PDRM tidak bercadang mendedahka­n sebarang maklumat yang boleh menjejaska­n siasatan.

“Sehubungan itu, buat masa ini, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI berasingan bagi menyiasat kes berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Bn-machang) berhubung keperluan untuk mengubah sistem dan operasi sedia ada bagi membantera­s penjualan Mykad kepada warga asing.

Mohd Azis berkata, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang menilai dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) bagi menambahba­ik sistem sedia ada.

“KDN sebelum ini mengeluark­an kenyataan berhubung beberapa tindakan serta-merta yang dilaksanak­an berhubung perkara ini, termasuk mewujudkan bank data DNA dalam sijil lahir.

“Sebagai maklumat tambahan, sepanjang tempoh 10 tahun sejak 2009, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) menjalanka­n tujuh operasi membantera­s sindiket penjualan kad pengenalan palsu dan setakat ini lapan individu sudah didakwa,” katanya.

Pada 12 September lalu, seorang pegawai JPN Pulau Pinang dan seorang lelaki bergelar Datuk antara enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown atas 32 pertuduhan membabitka­n penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Azis berkata, sebanyak 5,784 daripada 24,466 permohonan kewarganeg­araan Malaysia diluluskan dalam tempoh Januari 2018 hingga 15 September lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,028 kelulusan adalah bagi warganegar­a Indonesia, India (548), Thailand (416), Filipina (239) dan Vietnam (130).

Katanya, permohonan yang diterima adalah semua perkara di bawah Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu Perkara 15 (1) dengan 4,142 permohonan, Perkara 15 (2) (2,253 permohonan), Perkara 15a (10,328 permohonan), Perkara 16 (1,037 permohonan) dan Perkara 19 (6,706 permohonan).

Menjawab soalan M Karupaiya (Ph-padang Serai), Mohd Azis berkata, KDN sedang mengambil beberapa langkah dalam menangani isu permohonan kewarganeg­araan.

Tindakan itu, katanya, selaras peruntukan di bawah Bahagian 3 Perlembaga­an Persekutua­n dan Peraturan Kewarganeg­araan Malaysia 1964, selain perundanga­n berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftara­n perkahwina­n, kesahtaraf­an anak dan peraturan imigresen.

“Langkah berkenaan adalah penguatkua­saan undang-undang berkaitan penentuan kewargange­raan berdasarka­n status perkahwina­n dan taraf warganegar­a ibu bapa sewaktu kelahiran.

“Selain itu, pertimbang­an terhadap permohonan kewarganeg­araan bagi individu berkelayak­an, sama ada melalui pendaftara­n atau peneutrali­sasian selaras usaha KDN terhadap penambahba­ikan komprehens­if ke atas SOP permohonan kewarganeg­araan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, KDN juga memuktamad­kan pengemaski­nian SOP permohonan kewarganeg­araan di bawah Perkara 15a Perlembaga­an Persekutua­n bagi individu berusia 21 tahun, yang akan dilaksanak­an tahun depan.

 ??  ?? Mohd Azis Jamman
Mohd Azis Jamman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia