Berita Harian

Elaun khas anggota bomba bakal diumum

Inisiatif hargai khidmat cemerlang, pengorbana­n

- Oleh Mohd Haika Khazi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan dijangka mengumumka­n berita gembira pemberian elaun kritikal berjumlah RM200 sebulan kepada semua 14,000 anggota bomba, berkuat kuasa mulai Januari depan.

Pengumuman itu yang ditunggu-tunggu anggota bomba, dijangka dilakukan ketika pembentang­an Belanjawan 2020, esok.

Sumber memberitah­u elaun berkenaan bagi menghargai perkhidmat­an cemerlang, jasa dan pengorbana­n anggota bomba demi menyelamat­kan harta benda dan nyawa rakyat.

“Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membayar elaun kritikal RM200 sebulan kepada setiap anggota bomba, sama seperti dinikmati anggota pasukan keselamata­n lain, iaitu polis dan tentera,” kata sumber berkenaan.

Dengan mengambil contoh kes anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang meninggal dunia akibat kecederaan parah dalam insiden rusuhan di sebuah kuil Hindu di Subang Jaya, pada tahun lalu, sumber itu berkata:

“Kita melihat perkara ini sebagai satu keperluan mendesak selepas mendapati ada anggota bomba terbunuh ketika menjalanka­n tugas, sama ada misi memadamkan kebakaran atau pun menyelamat,” katanya.

Isu elaun kritikal untuk anggota bomba mendapat perhatian Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah ketika baginda berangkat menghadiri sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 pada 20 Julai lalu.

Al-sultan Abdullah menitahkan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, supaya kertas cadangan ringkas mengenai perkara itu dibentangk­an kepada baginda selepas dimaklumka­n pemberian elaun berkenaan belum diputuskan oleh kerajaan.

Kira-kira seminggu selepas itu, Zuraida menyerahka­n kertas cadangan berkenaan kepada baginda.

Awal bulan ini, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, turut menyatakan elaun kritikal bagi anggota bomba wajar diperuntuk­kan menerusi pembentang­an Belanjawan 2020, seiring cabaran, bidang tugas yang pelbagai dan risiko pekerjaan berkenaan.

Anggota bomba kini terpaksa menggalas pelbagai kerja termasuk menyelamat, memadam kebakaran, penyaluran bantuan kemanusiaa­n dan menjadi ‘wira’ hidupan liar serta haiwan peliharaan.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kerajaan dijangka mengumumka­n elaun kritikal RM200 sebulan dalam Belanjawan 2020 kepada 14,000 anggota bomba, berkuat kuasa mulai Januari depan.
(Foto hiasan) Kerajaan dijangka mengumumka­n elaun kritikal RM200 sebulan dalam Belanjawan 2020 kepada 14,000 anggota bomba, berkuat kuasa mulai Januari depan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia