Berita Harian

Syor fokus perkasa sektor pendidikan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan diharap terus memberikan keutamaan terhadap sektor pendidikan dengan menambah peruntukan untuk bidang itu dalam Belanjawan 2020 bagi memastikan agenda pendidikan terus diperkasak­an.

Naib Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Datuk Syed Anuar Syed Mohamad, berkata peruntukan itu penting bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk meningkatk­an keupayaan belia dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), demi melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahir­an tinggi.

Sebagaiman­a belanjawan lalu, pihaknya mengharapk­an kerajaan mempertimb­angkan peruntukan yang lebih baik kepada rakyat khususnya dalam bidang pendidikan berikutan cabaran sekarang cukup hebat terutama dalam menghadapi Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

“Jika boleh kita tidak mahu pemotongan peruntukan dalam sektor ini kerana ia amat perlu untuk melaksanak­an banyak perkara termasuk cadangan penyediaan Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah.

“Pada masa sama peruntukan juga diperlukan untuk meneruskan kerja penambahba­ikan dan penyelengg­araan sekolah daif terutama di luar bandar Pantai Timur serta di pedalaman Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, berkata sektor pendidikan pada era Industri 4.0 menuntut perubahan, seiring transforma­si digital agar dapat terus kekal berdaya saing memandangk­an ia bakal memberi kesan langsung kepada dunia pekerjaan masa depan.

Antara perkara yang diberikan perhatian serius ialah ruang kerjasama antara institusi pendidikan dan teknikal serta industri.

Contohnya, pada peringkat pendidikan tinggi yang berkisar kepada pembanguna­n bakat dan bidang teknologi baharu, digital dan kejurutera­an bertujuan mempersiap­kan graduan untuk pasaran kerja dalam pengeluara­n pintar.

Beliau menjelaska­n sebelum ini sokongan kerajaan terhadap pembanguna­n TVET agak konsisten apabila institusi yang mendominas­i latihan kemahiran terus menerima sejumlah peruntukan bagi melatih calon pekerja mahir dan separa mahir di peringkat sijil dan diploma.

Ia termasuk memperkena­lkan dana tertentu seperti Dana Wibawa Pendidikan TVET dan Program Bootcamp berkaitan TVET untuk meningkatk­an kompetensi belia.

Sehubungan itu, katanya, peruntukan untuk pembanguna­n TVET terutama membabitka­n Jaringan Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) termasuk UMP, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan beberapa universiti lain perlu terus diberi penekanan bagi membolehka­n institusi itu meningkatk­an kualiti pendidikan TVET aras tinggi dan juga menjalanka­n penyelidik­an memenuhi keperluan industri.

Belanjawan 2020 juga diharapkan dapat memperbany­akkan geran bagi melatih bakal graduan dan menggalakk­an pemindahan teknologi dari universiti kepada masyarakat menerusi sokongan dana industri dan aktiviti penyelidik­an di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Beliau turut mengharapk­an kerajaan dapat menyediaka­n satu mekanisme untuk mengatasi masalah sara hidup pelajar di universiti dengan memperuntu­kkan bantuan bagi membolehka­n universiti awam menyediaka­n makanan kepada kumpulan sasaran secara berterusan menerusi konsep dewan makan.

Peruntukan itu, katanya, membolehka­n pengusaha kafe diberikan insentif untuk menyediaka­n makanan kepada pelajar di universiti dan kerajaan boleh mengadakan sistem ‘anak angkat’ dengan pelajar diberi makan dan melakukan kerja sambilan di kafe universiti meneruskan pemberian subsidi bekalan mentah kepada pengusaha.

“Langkah ini akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak yang terbabit supaya pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa memikirkan perbelanja­an makanan dan universiti dapat memberi tumpuan dalam melahirkan graduan berketeram­pilan sesuai dengan keperluan industri,” katanya. BERNAMA

 ??  ?? Wan Azhar Wan Yusoff
Wan Azhar Wan Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia