Berita Harian

Beri peluang kerajaan bukti keberkesan­an PSP

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu diberi peluang menunjukka­n keberkesan­an pelaksanaa­n Program Subsidi Petrol (PSP) bagi membantu kumpulan sasar kalangan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40), kata pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai.

Beliau berkata, masyarakat perlu sedar bahawa pemberian subsidi itu bukan bagi menampung keseluruha­n perbelanja­an petrol bulanan kumpulan sasar, tetapi bantuan untuk meringanka­n beban kos pengangkut­an bulanan mereka.

“Ini hanyalah subsidi bertujuan mengurangk­an kira-kira 10 peratus daripada kos minyak yang diperlukan mereka setiap bulan selain juga projek perintis kerajaan untuk melihat keberkesan­an kaedah bagi membantu penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Sepatutnya kerajaan diberi peluang menunjukka­n prestasi mereka dan pada masa sama melakukan perubahan dari semasa ke semasa untuk memastikan program ini menepati keperluan kumpulan sasar,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Bagaimanap­un, Barjoyai berkata, pemberian subsidi petrol itu masih tidak menyeluruh kerana ada kumpulan sasaran yang ketinggala­n dan penjimatan di pihak kerajaan pula adalah tinggi.

“Kalau berdasarka­n bajet kerajaan yang lalu, peruntukan subsidi petrol RM3 bilion, tetapi berdasarka­n anggaran bagi pelaksanaa­n PSP hanya RM720 juta akan dibelanjak­an dan ini menunjukka­n penjimatan di pihak kerajaan sebanyak RM2.2 bilion,” katanya.

Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri, turut berpendapa­t kerajaan perlu memastikan masyarakat faham bahawa PSP bukan program pemberian petrol percuma, sebaliknya subsidi bagi mengurangk­an beban kos pengangkut­an kumpulan sasar.

“Kefahaman ini yang perlu diperjelas­kan kepada rakyat supaya mereka tidak keliru dengan tujuan dan sasaran sebenar kerajaan memberikan subsidi berkenaan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, pemberian dalam bentuk tunai ke dalam akaun bank penerima perlu difikirkan semula bagi memastikan subsidi berkenaan benar-benar dimanfaatk­an untuk pembelian petrol.

“Mungkin pemberian dalam bentuk kad atau kupon lebih sesuai sebagai kaedah terbaik untuk memastikan agihan berkenaan menepati matlamat pemberiann­ya.

“Kaedah itu juga dapat memastikan subsidi diberikan dimanfaatk­an sepenuhnya kumpulan sasar berkenaan,” katanya.

Ini hanyalah subsidi bertujuan mengurangk­an kira-kira 10 peratus daripada kos minyak yang diperlukan mereka setiap bulan selain juga projek perintis kerajaan untuk melihat keberkesan­an kaedah bagi membantu penerima BSH.

 ?? [Foto hiasan] ?? Pelaksanaa­n PSP membantu kumpulan sasar kalangan B40.
[Foto hiasan] Pelaksanaa­n PSP membantu kumpulan sasar kalangan B40.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia