Berita Harian

Kempen Beli Buatan Malaysia pendekatan ideal

Prinsip makmurkan perdaganga­n, beri hasil kepada semua kaum

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan menegaskan kempen Beli Buatan Malaysia menjadi pendekatan paling ideal dalam memakmurka­n perdaganga­n yang mampu memberi hasil kepada semua kaum.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata menerusi kempen itu, kerajaan mengutamak­an prinsip amalan perdaganga­n yang mampu memberi hasil terbaik kepada rakyat.

“Prinsip kementeria­n kepada amalan perdaganga­n yang sentiasa diutamakan adalah perniagaan atau perdaganga­n mestilah hadir

Atas asas ini, kementeria­n menerajui kempen Beli Buatan Malaysia. Kempen ini adalah satu pendekatan ideal dalam konteks perdaganga­n negara kita yang mana jika berjaya, semua kaum akan dapat menikmati hasilnya

dalam iklim persaingan yang sihat sama ada perniagaan atau perkhidmat­an supaya pengguna akan mendapat hasil terbaik.

“Atas asas ini, kementeria­n menerajui kempen Beli Buatan Malaysia. Kempen ini adalah satu pendekatan ideal dalam konteks perdaganga­n negara kita yang mana jika berjaya, semua kaum akan dapat menikmati hasilnya,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-UMNO Bera) mengenai pendirian kementeria­n terhadap kempen 'Buy Muslim First'.

Menjawab soalan asal Ismail Sabri mengenai tahap kesedaran pengguna, Saifuddin menjelaska­n pihaknya menerima lebih 20,000 aduan setiap tahun membabitka­n hak pengguna.

“Jumlah ini membuktika­n rakyat semakin sedar untuk menggunaka­n hak mereka sebagai pengguna dengan menyalurka­n sebarang salah laku oleh peniaga kepada kementeria­n.

“Selain itu, bagi melahirkan pengguna yang bijak, kementeria­n memberi tumpuan kepada pendidikan kepengguna­an yang lebih interaktif kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah dan mahasiswa di universiti,” katanya.

 ??  ?? Saifuddin Nasution Ismail,
Saifuddin Nasution Ismail,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia