Berita Harian

SPR kaji penamaan calon dalam talian

-

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) kini pada peringkat kajian untuk menilai semula proses perjalanan pilihan raya di negara ini bagi disesuaika­n dengan peredaran semasa.

Antara perkara yang dilihat jawatankua­sa khas ditubuhkan SPR bagi tujuan itu termasuk kesesuaian membenarka­n proses penamaan calon dilakukan secara dalam talian.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata jawatankua­sa berkenaan sedang mengkaji sama ada proses pencalonan sedia ada wajar diteruskan atau diubah mengikut peredaran semasa.

“Ini termasuk penggunaan teknologi untuk membolehka­n penamaan calon dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau diminta mengulas cadangan Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya proses penamaan calon bagi pilihan raya akan datang dilakukan secara dalam talian bertujuan menjimatka­n kos.

Cadangan itu juga diharapkan mampu mengelak sebarang insiden atau kekecohan yang tidak diingini, selain manipulasi oleh pihak tertentu bertujuan menghalang parti yang bakal bertanding menamakan calon mereka.

Azhar menjelaska­n, kajian yang dijalankan SPR turut membabitka­n aspek penjimatan kos ketika hari penamaan calon kerana proses sedia ada selalunya dihadiri jumlah penyokong yang ramai, mencecah ribuan orang.

“Kita sedang melihat kos pada hari penamaan calon sekarang kerana proses itu turut memerlukan kehadiran ramai anggota polis, sehingga 800 atau 900 orang.

“Selain mengawal penyokong yang ramai, pasukan keselamata­n juga perlu mengawal lalu lintas di sekitar lokasi penamaan calon,” katanya.

Kajian berkenaan, kata Azhar, bagaimanap­un akan mengambil masa kerana banyak perkara yang perlu diperhalus­i.

Kita sedang melihat kos pada hari penamaan calon sekarang kerana proses itu turut memerlukan kehadiran ramai anggota polis, sehingga 800 atau 900 orang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia