Berita Harian

Sasar lahir lebih ramai pegawai pakar

-

Putrajaya: Kementeria­n Luar akan memulakan Program Persarjana­an Diplomat tahun depan, bagi melahirkan pegawai pakar, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Program secara sambilan untuk peserta itu akan dijalankan dengan kerjasama universiti penyelidik­an tempatan dalam bidang tertentu.

Buat permulaan ia membabitka­n Pengajian Cina, Pengajian India, Pengajian Asia Barat dan Pengajian Maritim yang juga antara bidang tumpuan.

“Lazimnya pegawai akan mengikuti kursus di luar negeri atas tajaan Jabatan Perkhidmat­an Awam tetapi biasiswa untuk pasca siswazah semakin berkuranga­n,” katanya selepas majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang 2019, di sini semalam.

Dalam perkembang­an lain, Saifuddin berkata perbincang­an mengenai cadangan mewujudkan saluran bahasa Inggeris seperti yang diusulkan Pakistan, Turki dan Malaysia bagi mengatasi isu Islamofobi­a sudah dijalankan.

Kerjasama tiga negara itu akan dijalankan pihak swasta dan perbincang­an mengenainy­a berkisar mengenai mekanisme dan cara pelaksanaa­nnya.

Ketika ditanya bila ia akan dilaksanak­an, Saifuddin berkata: “Kita tidak mahu terburu-buru, tapi kita mahu ia disegeraka­n.”

Cadangan bagi mewujudkan saluran bahasa Inggeris bagi mengatasi isu Islamofobi­a dimulakan oleh Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika mesyuarat tiga hala, di luar Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 di New York bulan lalu.

BERNAMA

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) ?? Saifuddin menyampaik­an anugerah kepada kakitangan awam pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang 2019 di Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) Saifuddin menyampaik­an anugerah kepada kakitangan awam pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang 2019 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia