Berita Harian

Anwar minta henti spekulasi peralihan kuasa PM

Presiden PKR tegaskan sudah ada persetujua­n Dr Mahathir serah jawatan

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi berhubung peralihan kuasa membabitka­n beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dalam banyak temu bual saya dengan media antarabang­sa seperti CNN, Bloomberg dan sebagainya, persoalan ini sering ditanya. Perkara itu perlu dihentikan kerana memang sudah ada persetujua­n bahawa Dr Mahathir akan menyerahka­n jawatan perdana menteri.

“Saya tidak pandang ringan isu ini, beri masa kepada Dr Mahathir untuk meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri,” katanya menjawab soalan peserta selepas menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Kepemimpin­an APEX di sini, semalam.

Anwar menegaskan adalah tidak adil kepada beliau, Dr Mahathir dan seluruh negara ini jika isu peralihan kuasa ini terus diperkatak­an.

Beliau berkata, dalam temubual dengan media, Dr Mahathir ada menyatakan tempoh perkhidmat­annya untuk setahun, dua dan tiga tahun.

“Ini sebenarnya mengelak (menjawab itu),” katanya.

Anwar turut memaklumka­n ada perjanjian bertulis menyatakan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan.

Katanya, perjanjian bertulis membabitka­n peralihan kuasa itu bukan lagi perkara rahsia, sebaliknya turut diketahui kalangan jawapan soalan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Mesej disampaika­n adalah jelas kepada masyarakat sewaktu pilihan raya umum lalu. Untuk tempoh interim, Dr Mahathir akan jadi perdana menteri dan Wan Azizah akan jadi timbalan perdana menteri. Apabila Anwar dibebaskan, beliau akan mengambil alih,” katanya.

Anwar menegaskan Dr Mahathir sendiri sudah memaklumka­n yang akan terus berpegang kepada janji.

“Ini yang dikatakan kepada saya, dan saya hargai tindakanny­a. Beliau beritahu saya bahawa beliau sudah membuat janji dan akan memegang janji berkenaan.

“Beliau tidak suka orang memaksa, bilakah tarikh sebenar beliau akan meletakkan jawatan, beliau tidak mahu dilihat seperti ‘lame duck’ atau pemimpin tidak berfungsi. Beliau mahu berkhidmat,” katanya.

 ?? (Foto Aizuddin Saad /BH) ?? Anwar menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Kepemimpin­an APEX di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Aizuddin Saad /BH) Anwar menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Kepemimpin­an APEX di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia