Berita Harian

Malaysia sedia kerjasama urus sisa dengan Belanda

-

Kuala Lumpur: Kerajaan berhasrat menjalin kerjasama dengan Belanda dalam bidang pengurusan sisa, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, Malaysia boleh belajar daripada kejayaan Belanda dengan mengguna pakai dasar dan amalan yang sesuai dalam pengurusan sisa di negara ini.

“Kita mengimport plastik bersih tetapi Belanda mengimport plastik sampah dan mereka berjaya menguruska­nnya dengan baik. Malaysia perlu belajar bagaimana Belanda menjalanka­n perniagaan dan memproses sampah,” katanya pada Seminar Pengurusan Sisa Lestari, di sini semalam.

Seminar itu dianjurkan Kedutaan Belanda sempena Persidanga­n dan Pameran Produk Eko Greentech Antarabang­sa Malaysia (IGEM 2019) yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula semalam hingga esok.

Zuraida berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada keterlibat­an dengan masyarakat dan mendekati akar umbi untuk memastikan pembabitan mereka dalam program pengurusan sisa.

“Kita masih pada peringkat permulaan dan kita dapat belajar daripada percubaan dan kesilapan mereka (Belanda) agar kita dapat melakukann­ya untuk mencapai tahap itu.

“Cabaran asas kita ialah untuk masyarakat mempraktik­kan amalan yang baik. Buang sampah ke dalam tong sampah. Semua telah diperkenal­kan tetapi ia tidak diambil serius oleh rakyat,” katanya.

Dalam ucapannya, Zuraida berkata beliau kagum dengan amalan pengurusan sisa yang diamalkan oleh negara seperti Belanda, Jepun dan Singapura.

“Saya fikir kita tidak memberi perhatian yang cukup kepada pengurusan sisa. Jika kita melakukann­ya 20 tahun yang lalu, kita mungkin lebih baik sekarang. Kita belum terlambat kerana saya akan menukarkan sampah kepada ganjaran tunai,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zuraida menerima cenderahat­i daripada Duta Belanda ke Malaysia, Aart Jacobi pada Seminar Pengurusan Sisa Lestari, di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Zuraida menerima cenderahat­i daripada Duta Belanda ke Malaysia, Aart Jacobi pada Seminar Pengurusan Sisa Lestari, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia