Berita Harian

Ibu sanggup derma hati mahu anak sihat

Pasangan suami isteri sedia hadapi risiko demi selamatkan bayi

- Oleh Nor Amalina Alias bhnews@bh.com.my

Bachok: Demi kasih dan sayang kepada anak yang menderita kegagalan fungsi hati, pasangan suami isteri sanggup mendermaka­n sebahagian daripada hati mereka.

Muhammad Johari Mansor, 29, dan Nurwatee Che Mamat, 21, dari Kampung Padang Cina, Badak di sini, sanggup melakukan apa sahaja supaya Nur Aira Batrisya yang berusia 11 bulan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.

“Walaupun tahu risiko yang dihadapi, saya dan suami sanggup berikan hati kami kerana mahu menyelamat­kannya secepat mungkin. Kalau tunggu penderma yang sesuai, saya bimbang masa untuk Aira semakin suntuk,” kata Nurwatee kepada BH.

Aira yang disahkan menghidap penyakit ‘Acute Dicompasat­ed Liver Failure With Hypoalbumi­nemia and Hyponatrem­ia’, kini bergantung pada tujuh jenis ubat dan hanya mampu makan bijirin.

Pemindahan hati dijangka dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur dengan kos kira-kira RM90,000.

Nurwatee memberitah­u ketika Aira berusia dua bulan, bayinya itu mengalami masalah pada saluran hempedu, yang menyebabka­n mereka membawanya ke Klinik Kesihatan Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Aira menerima rawatan dalam wad hampir sebulan dan doktor menyaranka­n supaya menjalani pembedahan pemindahan hati dengan segera di China, namun mereka tidak mampu kerana pembedahan memerlukan kos kira-kira RM250,000.

“Ketika berusia sembilan bulan, perut Aira semakin membesar dan mata, wajah serta badannya bertukar warna kekuningan,” katanya yang sebak apabila menceritak­an penderitaa­n anak keduanya itu.

Pasangan itu yang bekerja kampung, hanya mampu mengambil ubat-ubatan di klinik kerajaan untuk anaknya itu yang kemudianny­a terpaksa dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pada bulan lalu akibat masalah pernafasan.

Doktor kemudian memaklumka­n anaknya itu perlu menjalani pemindahan hati di PPUM.

“Pada 29 Oktober ini, saya dan suami akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaa­n hati kami sama ada sesuai atau tidak untuk didermakan.

“Walaupun tahu risiko yang dihadapi, saya dan suami sanggup berikan hati kami,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Nur Wardina Jasmin, 3.

Kisah sedih Aira tersebar selepas penderitaa­nnya dikongsi penduduk kampungnya, Wan Nurhidayu Wan Mat, dalam laman Facebookny­a, Ayu Hidayu sehingga mendapat 1,200 perkongsia­n.

Penderma hati berdepan beberapa risiko semasa dan selepas pembedahan tetapi secara umumnya peratusann­ya adalah kecil. Antaranya, kebocoran anastomosi­s iaitu sambungan salur darah yang dilakukan ketika pembedahan tetapi ia berupaya pulih dengan sendiri atau dengan bantuan ubat termasuk proses meletakkan tiub di dalam hati.

Risiko lain adalah mengalami jangkitan dan sekiranya berlaku, ia akan diatasi dengan segera oleh doktor. Terdapat juga kemungkina­n berlaku kerosakan organ dan komplikasi lain yang boleh menyebabka­n kematian tetapi kes sebegini jarang berlaku.

Pada 29 Oktober ini, saya dan suami akan ke HKL untuk menjalani pemeriksaa­n hati kami sama ada sesuai atau tidak untuk didermakan.

 ?? (Foto Nor Amalina Alias/bh) ?? Nurwatee menunjukka­n perut anaknya yang membesar di Kampung Padang Cina, Bachok, semalam.
(Foto Nor Amalina Alias/bh) Nurwatee menunjukka­n perut anaknya yang membesar di Kampung Padang Cina, Bachok, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia