Berita Harian

Bayi jantung berlubang perlu pembedahan segera

-

Bukit Mertajam: Selepas 19 tahun menantikan kehadiran cahaya mata pertama, sepasang suami isteri diuji sekali lagi apabila anak tunggal mereka menghidap penyakit jantung berlubang yang memerlukan pembedahan segera bagi menyelamat­kan nyawanya.

Zolhizan Zakaria, 42, dan Masnorwati Abd Rashid, 37, kedua-duanya dari Kuala Nerang, Kedah, buntu memikirkan nasib anak mereka, Muhammad Aidil Firas Zolhizan yang kini berusia lima bulan.

Mereka mendapat perkhabara­n sedih itu apabila bayinya ketika berusia dua bulan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, setelah mengalami masalah pernafasan­nya.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya kami apabila doktor memaklumka­n Muhammad Aidil mengalami jantung berlubang dan memerlukan pembedahan segera untuk menyelamat­kan nyawanya,” katanya Zolhizan pada sidang media di Pertubuhan Kebajikan One Hope di sini, semalam.

Pasangan itu reda dengan ujian Allah walaupun pahit memandangk­an sudah lama menunggu kelahiran cahaya mata bagi menyerikan kehidupan mereka.

“Ini semua ujian dan kami mengharapk­an dia segera kembali sembuh,” katanya merayu simpati orang ramai menghulurk­an sumbangan kira-kira RM70,000 bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan anaknya.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu traktor berterima kasih kepada orang ramai yang sudi membantu bagi meringanka­n kewangan yang ditanggung­nya.

Pada sidang media itu, Pertubuhan Kebajikan One Hope memaklumka­n seorang lagi bayi yang berusia 10 hari, Nur Anis Zulaikha, turut mengalami masalah jantung dan memerlukan sumbangan kira-kira RM60,000 bagi menjalani pembedahan.

Ibu bapa bayi perempuan itu, Mohd Shafizuan Rodzi, 24, dan Nor Syamimi Abu Hassan, 25, merayu simpati orang ramai membantu anaknya.

Nur Anis Zulaikha yang dilahirkan pada 29 September lalu, dikesan mengalami kecacatan jantung dan kini berada di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU).

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan One Hope, Chu Sui Hau, berkata pihaknya menyampaik­an sumbangan RM10,000 sebagai wang pendahulua­n bagi membolehka­n kedua-dua bayi itu menjalani pembedahan di sebuah hospital swas- ta.

“Kami akan membantu bayi ini supaya pembedahan segera dila- kukan dan berharap rakyat turut menyumbang bagi memudahkan urusan keluarga yang ditimpa musibah,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n bantuan boleh menghubung­i pertubuhan itu talian 016-4192192 atau 04-5059800.

 ?? (Foto Rosli Ahmad/bh) ?? Muhammad Aidil Firas menghidap pembedahan segera. penyakit jantung berlubang perlu
(Foto Rosli Ahmad/bh) Muhammad Aidil Firas menghidap pembedahan segera. penyakit jantung berlubang perlu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia