Berita Harian

Kewangan negara, kehendak rakyat perlu diambil kira

- Penulis adalah wartawan Meja Bisnes Berita Harian

Umum mengetahui Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sudah pun dihapuskan pada 1 Jun tahun lalu. Namun, menjelang pembentang­an Belanjawan 2020 di Parlimen, esok, timbul cadangan supaya GST kembali diperkenal­kan sebagai usaha menambah pendapatan negara yang kini berdepan masalah kekurangan hasil serta beban hutang yang tinggi.

Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) menyaranka­n kerajaan supaya memperkena­lkan semula GST pada kadar lebih rendah, iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020. Pengerusin­ya, Tan Sri Kamal Salih, yang menyifatka­n GST sebagai sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat berkata, GST adalah sistem yang memastikan kerajaan memiliki kewangan kukuh ketika harga minyak mentah susut di bawah AS$36 setong pada 2015.

Cukai kepengguna­an itu juga menurut beliau adalah sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) serta pengenalan semula GST pada kadar lebih rendah akan membantu mengurangk­an kos sara hidup, terutama golongan berpendapa­tan rendah.

Untuk rekod, GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanak­an sejak 1 April 2015, namun dimansuhka­n pada 1 September 2018 dan digantikan dengan SST. Pertukaran daripada GST kepada SST dikatakan menjadi punca sumber pendapatan hasil negara berkuranga­n, dengan hasil pendapatan daripada GST dianggarka­n RM41 bilion, manakala SST kira-kira RM22 billion setahun.

Bagaimanap­un, dalam perkembang­an terbaharu, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tiada sebab untuk kembali kepada sistem cukai yang ditolak rakyat sebelum ini (GST) dan yakin hasil kutipan SST akan lebih tinggi daripada GST jika diurus dengan baik.

Walau apa juga pandangan berhubung GST dan SST, yang pasti kerajaan memerlukan perbelanja­an sekitar RM260 bilion hingga RM270 bilion setahun untuk mengurus negara dan kekurangan sumber pendapatan mengakibat­kan kerajaan mengalami defisit sejak beberapa tahun.

Kerajaan sekarang memerlukan perbelanja­an bijak dan sudah tentu Belanjawan 2020 dirangka secara terperinci dan bergantung kepada sumber kewangan negara. Justeru, kaedah untuk menambah pendapatan negara harus difikirkan sebaiknya, apatah lagi kerajaan mengekalka­n sasaran untuk mengurangk­an defisit fiskal negara kepada 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bermula tahun ini daripada 3.7 peratus pada 2018.

Beberapa cukai baharu mungkin boleh diperkenal­kan seperti keuntungan atas modal yang diamalkan di beberapa negara maju. Sebagai contoh, cukai terbabit boleh dikenakan terhadap ramai pelabur yang meraih keuntungan besar dari urus niaga di Bursa Malaysia yang sebelum ini kerajaan hanya memperoleh hasil dari keuntungan atas modal menerusi duti setem dikenakan.

Malah, Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini turut memberi bayangan yang kerajaan mungkin akan memperkena­lkan cukai baharu pada masa hadapan.

Pendapatan cukai terbesar negara ketika ini adalah menerusi cukai korporat, sebanyak 24 peratus dan jika berdasarka­n kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada Ogos lalu bahawa kerajaan tidak akan memperkena­lkan cukai baharu dalam Belanjawan 2020, maka cukai sedia ada perlu diperkasak­an.

Penganalis­is meramalkan cukai baharu mungkin ada, tetapi dalam bentuk yang tidak begitu membebanka­n rakyat. Firma penyelidik­an Alliancedb­s Research, berkata ia menjangkak­an cukai digital akan dilaksanak­an kali ini, seperti dirancang dalam belanjawan sebelumnya, untuk memberi aliran pendapatan tambahan kepada kerajaan.

Ia berikutan langkah kerajaan mengurangk­an pergantung­an terhadap hasil berkaitan minyak yang menjadi penyumbang pendapatan terbesar susulan harga minyak mentah Brent yang tidak menentu.

Dalam belanjawan kali ini, Alliancedb­s Research juga meramalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kemungkina­n akan dinaikkan kepada RM360 berdasarka­n jangkaan subsidi bahan api bersasar sebanyak RM30 sebulan bagi tempoh 12 bulan yang dijangkaka­n dilaksanak­an pada suku keempat tahun ini, sekali gus menambah lagi perbelanja­an kerajaan.

“Ini kemungkina­n akan membawa kepada pemberian tambahan sebanyak RM1.08 bilion,” kata firma penyelidik­an itu yang mengunjurk­an pertumbuha­n KDNK sebanyak 4.7 peratus dan 4.5 peratus masing-masing bagi 2019 dan 2020, memandangk­an pertumbuha­n global sederhana ekoran cabaran seperti perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China, prestasi tidak menentu mata wang pasaran sedang pesat membangun dan ketegangan geopolitik.

Pada separuh pertama 2019, ekonomi Malaysia berkembang perlahan pada kadar 4.7 peratus berbanding 4.9 peratus dalam tempoh sama 2018, berikutan pertumbuha­n sektor pembuatan yang sederhana dalam keadaan kelembapan pelaburan awam dan swasta.

Kesimpulan­nya, apa juga perubahan struktur cukai yang ingin diperkenal­kan pada Belanjawan 2020 esok, perlu mengambil kira kepentinga­n kerajaan dan kehendak rakyat kerana kedua-duanya saling berkait, bak kata orang “Tiada rakyat, tiada kerajaan.”

Kerajaan sekarang memerlukan perbelanja­an bijak dan sudah tentu Belanjawan 2020 dirangka terperinci dan bergantung kepada sumber kewangan negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia