Berita Harian

Minggu menabung SSPN bentuk budaya menyimpan

Ibu bapa mula sedar kepentinga­n penabungan untuk pendidikan

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 4,611 akaun baharu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dibuka sepanjang tiga hari Program Minggu Menabung SSPN Tahun 2019 dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.5 juta.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan, berkata, berlaku peningkata­n sebanyak 32 peratus bagi pembukaan akaun baharu dengan peningkata­n sebanyak 121 peratus untuk jumlah simpanan.

Katanya, Minggu Menabung SSPN bukan saja berjaya menarik penyertaan masyarakat Malaysia untuk memulakan tabungan anak dengan SSPN tetapi turut memperliha­tkan prestasi pencapaian lebih baik, berbanding 2018.

“Penganjura­n program itu membuktika­n, kesungguha­n dan komitmen PTPTN dalam menggalak dan membudayak­an perancanga­n kewangan serta penabungan untuk pendidikan tinggi anak dalam kalangan ibu bapa.

“Peningkata­n jumlah simpanan dan bilangan akaun SSPN yang dibuka dari tahun ke tahun jelas menunjukka­n bahawa semakin ramai ibu bapa di Malaysia ini yang mula sedar mengenai kepentinga­n membuat penabungan dan perancanga­n kewangan untuk pendidikan tinggi anak.

“Itulah istimewany­a instrumen simpanan SSPN ini yang mampu membentuk nation building. Harapan saya agar penabungan SSPN ini dilakukan secara berterusan dan konsisten dengan akaun yang kekal aktif, bukan apabila ada program atau kempen sahaja,” katanya.

Program Minggu Menabung SSPN 2019 diadakan pada 4 Oktober lalu dan dirasmikan oleh Wan Saiful, manakala majlis penutupnya, 6 Oktober lalu disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid.

Kedua-dua majlis itu diadakan di pusat beli-belah Aeon Mall, di Shah Alam yang juga lokasi utama atau peringkat nasional bagi Minggu Menabung SSPN 2019.

Penganjura­n Program Minggu Menabung SSPN diadakan bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia pada 31 Oktober setiap tahun. Program ini turut diadakan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Di negeri lain, program diadakan selama sehari sama ada pada 4, 5 atau 6 Oktober dan bertempat di lokasi terpilih.

“Jadikanlah SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan bagi pendidikan tinggi. Kami di PTPTN sentiasa menghargai pelanggan khususnya pendeposit SSPN dan akan terus berusaha memberikan perkhidmat­an terbaik, bagi memastikan budaya menabung bagi tujuan pendidikan melalui SSPN ini sentiasa segar di minda ibu bapa untuk anak mereka,” katanya.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti disediakan sesuai untuk ibu bapa dan anak, antaranya pertanding­an mewarna, susun cantum,

Jadikanlah SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan bagi pendidikan tinggi. Kami di PTPTN sentiasa menghargai pelanggan khususnya pendeposit SSPN dan akan terus berusaha memberikan perkhidmat­an terbaik,

SSPN Action Song dan sebagainya. Paling istimewa adalah penampilah khas, Didi & Friends yang menjadi rakan strategik PTPTN untuk SSPN.

Ini adalah tahun kedua PTPTN mengadakan Minggu Menabung SSPN dan akan diteruskan setiap tahun. Ia bagi membuktika­n komitmen PTPTN yang tidak pernah jemu mempromosi dan menghebahk­an informasi mengenai SSPN kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia untuk menabung di dalam SSPN.

SSPN yang diwujudkan oleh PTPTN ini mempunyai pelbagai keistimewa­an seperti simpanan dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah. Kadar dividen yang diberikan juga adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain.

Melalui SSPN-I pula perlindung­an takaful secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,000.

Lebih istimewa, skim ini satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai. Insentif ini diberikan sejak 2004 lagi tetapi sudah dinaikkan jumlahnya daripada RM6,000 setahun kepada RM8,000 setahun mulai 2019 melalui pembentang­an Belanjawan 2019.

Selain daripada itu, semua pendeposit SSPN sedia ada mahupun yang baharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melebihi RM1.1 juta melalui promosi Cabutan Hadiah SSPN 2019.

Pada tahun ini PTPTN mensasarka­n jumlah simpanan SSPN sebanyak RM1 billion dengan 500,000 akaun baharu dan sehingga 31 Ogos 2019, sebanyak 315,976 akaun SSPN telah dibuka dengan simpanan berjumlah RM530.48 juta.

 ??  ?? Ibu bapa tidak melepaskan peluang penabungan masa depan anak-anak. untuk membuka akaun SSPN untuk
Ibu bapa tidak melepaskan peluang penabungan masa depan anak-anak. untuk membuka akaun SSPN untuk
 ??  ?? Antara aktiviti yang dijalankan Cheras Selatan. sempena Minggu Menabung SSPN di Aeon
Antara aktiviti yang dijalankan Cheras Selatan. sempena Minggu Menabung SSPN di Aeon
 ??  ?? Wan Saiful (tiga dari kiri) dan Mastura (dua dari kiri) bergambar bersama penerima hadiah Cabutan 15 Tahun SSPN-I dan Cabutan WOW! SSPN-I Plus, baru-baru ini.
Wan Saiful (tiga dari kiri) dan Mastura (dua dari kiri) bergambar bersama penerima hadiah Cabutan 15 Tahun SSPN-I dan Cabutan WOW! SSPN-I Plus, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia