Berita Harian

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuh

Dewan Rakyat lulus rang undang-undang hasil undian 92 Ahli Parlimen

- Laporan Anwar Patho Rahman, Mohd Iskandar Ibrahim dan Zanariah Mutalib bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas setahun ditolak Dewan Negara, Akta Antiberita Tidak Benar 2018 sekali lagi dimansuhka­n di Dewan Rakyat semalam.

Pemansuhan itu dibuat apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 hasil undian belah bahagi selepas dibahas 25 wakil rakyat kerajaan dan pembangkan­g.

Menerusi undian itu, 92 Ahli Parlimen bersetuju supaya akta terbabit dimansuhka­n, manakala 51 lagi tidak bersetuju.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata pemansuhan itu dibuat kerana undang-undang dan akta sedia ada memadai untuk mendakwa mana-mana pihak yang membuat berita palsu bertujuan memfitnah.

“Pemansuhan akta itu sesuai bagi menghapusk­an akta yang menzalimi rakyat,” katanya menggulung perbahasan RUU itu.

Bagaimanap­un Mohamed Hanipa gagal menghabisk­an penggulung­annya selepas diarahkan Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon supaya segera merumuskan jawapannya.

Arahan itu terpaksa dibuat selepas Mohamed Hanipa dalam jawapannya dikatakan banyak mengeluark­an kenyataan provokasi terhadap pembangkan­g, terutama apabila mengeluark­an kenyataan seksis terhadap Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-UMNO Pengerang).

“Pengerang kata saya nampak kadang-kadang kurus kadang-kadang gemuk, macam Pengerang kadang-kadang nampak perempuan, kadang-kadang nampak macam lelaki,” kata Mohamed Hanipa.

Mohd Rashid turut mengarahka­n Mohamed Hanipa menarik balik kenyataan terbabit dan memohon maaf terhadap Azalina. Mohamed Hanipa kemudian memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangk­an di Parlimen pada 27 Mac tahun lalu, sebelum diluluskan pada 2 April tahun sama, dengan pindaan terhadap hukuman penjara daripada maksimum 10 tahun kepada enam tahun.

Akta itu bagaimanap­un dimansuhka­n selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbira­n kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pemansuhan itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 16 Ogos tahun lalu menerusi Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.

Bagaimanap­un, persidanga­n Dewan Negara pada 12 September tahun lalu pula menolak Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 selepas undi belah bahagian menyaksika­n 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi.

Pemansuhan itu dibuat kerana undang-undang dan akta sedia ada memadai untuk mendakwa mana-mana pihak yang membuat berita palsu bertujuan memfitnah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia