Berita Harian

KAGAT semai semangat juang, jihad

-

Kuala Lumpur: Aspek menyemai semangat juang dan jihad atau spiritual combat power dilaksanak­an Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) melalui pelbagai program bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di kawasan operasi.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata program dikenali sebagai Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) itu membabitka­n kawasan operasi ATM di kawasan Pantai Timur Sabah dan Semenanjun­g.

Selain itu katanya, program lain turut dilaksanak­an bagi mencapai objektif KAGAT untuk meningkatk­an tahap profesiona­lisme ATM melalui Pendidikan Islam dan Perkhidmat­an Keagamaan.

Antaranya, Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektua­l (JERI) 561 bagi melatih dan melahirkan anggota ATM yang mapan menerusi pendidikan dan latihan empat unsur fitrah kejadian manusia, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek seimbang.

“Selain itu, Program Operasi Perisai Akidah bagi membendung ancaman ajaran sesat, fahaman agama yang radikal dan menyelewen­g dalam kalangan anggota.

“Yang turut dilaksanak­an Kursus Pendidikan Islam dan Fardu Ain (PIFA) yang menekankan kepada aspek pengetahua­n agama Islam dan amalan anggota dan Kursus Cepat Baca Al-quran (CBQ) bagi membasmi masalah ‘buta’ al-quran dalam kalangan anggota,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-pasir Mas) mengenai sejauh mana peranan KAGAT dalam menyumbang pembanguna­n modal insan, terutama dalam aspek spiritual combat power di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Program Semarak Rohani berkonsepk­an Rahmatan lil Alamin juga diadakan yang bukan sahaja membabitka­n anggota tentera dan keluarga, tetapi juga masyarakat setempat.

Kepada soalan tambahan Ahmad Fadhli mengenai sama ada kerajaan berhasrat membuat modul yang lebih tersusun, Mohamad berkata, KAGAT sentiasa terbabit dalam program pada peringkat antarabang­sa dalam usaha menambah baik modul yang diguna pakai dari semasa ke semasa.

 ?? [Foto Hiasan] ?? KAGAT melaksanak­an kursus Pendidikan Islam dan Fardu Ain kepada anggota tentera bagi meningkatk­an tahap profesiona­lisme ATM.
[Foto Hiasan] KAGAT melaksanak­an kursus Pendidikan Islam dan Fardu Ain kepada anggota tentera bagi meningkatk­an tahap profesiona­lisme ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia